"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adi Putra hilang sejak enam hari lalu

NOR AINNA HAMZAH
Muhammad Adi Putra dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak enam hari lalu. - IHSAN POLIS
KUALA PILAH – Polis kini sedang mengesan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di daerah ini sejak enam hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Muhammad Adi Putra Yusri, kira-kira pukul pada 8.13 malam semalam.

Menurutnya, remaja berkenaan berkulit hitam manis dengan ketinggian kira-kira 180 sentimeter, berat 56 kilogram, berbadan kurus, berambut keperangan, lurus dan pendek.

“Pakaian terakhir dilihat berbaju kemeja-T lengan pendek warna hijau, seluar pendek warna hitam dan berselipar hitam. Lokasi terakhir Muhammad Adi Putra dilihat di Ampang Tinggi, Tanjung Ipoh.

“Remaja ini sudah tidak bersekolah dan berdasarkan siasatan awal, tiada pergaduhan atau perselisihan faham dengan ahli keluarga yang lain,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja perempuan hilang berkenaan boleh tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah di talian 06-484 2222. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: