Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Wanita warga Indonesia ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 29 bangunan kediaman di Setapak, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamadd Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 7.43 pagi.
"Mangsa disahkan sebagai wanita warganegara Indonesia berusia 32 tahun dan pemeriksaan ke atas tubuhnya tidak menemui tanda perlakuan jenayah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, siasatan setakat diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan