"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tarbiyyah PAS Pastikan Wakil Rakyatnya Tak Khianat

ustnik
Menjadi wakil rakyat adalah satu amanah. Namanya pun ‘wakil rakyat’, bukan wakil ‘diri sendiri’. Ia diangkat hasil undian majoriti, bukan semata-mata kehebatan peribadi. Mereka yang dipilih dalam PRU12 lepas hasil tahaluf siasi PAS, PKR dan DAP datang dari pelbagai latarbelakang.

Wakil rakyat PAS Alhamdulillah dipilih dari kalangan mereka yang berwibawa. Pastinya mereka tidak maksum, tetapi tarbiyyah yang dijalani melalui parti dan gerakan Islam ini terutama yang berkait dengan dosa pahala, kesinambungan perjuangan Nabi, jawatan adalah taklif bukan tasyrif ( bebanan dan tugasan bukan kemuliaan) sentiasa ditekankan. Lantas mereka insyaAllah tidak mudah mengkhianati parti, melompat atau mudah menerima sogokan.

Apa yang berlaku dalam parti rakan PAS menggambarkan beberapa isu dan masalah yang mesti mereka selesaikan menjelang PRU 13 akan datang. Saya boleh menerima pandangan bahawa melompatnya beberapa wakil rakyat dari parti lain dalam Pakatan Rakyat menjadi wakil bebas atau menyertai BN adalah satu proses pembersihan menuju PRU13.

Saya sarankan pimpinan Pakatan Rakyat senaraihitamkan semua wakil rakyat yang telah melompat ini supaya andainya Pakatan Rakyat menang besar dalam PRU 13 akan datang, mereka ini tidak diterima lagi sebagai wakil rakyat atau pemimpin. Kalau mahu terima pun, hanya ahli kecil sahaja.

Cukuplah pengkhianatan amanah hasi dari kerja kuat pekerja-pekerja parti yang ikhlas di peringkat akar umbi bagi memenangkan mereka. Jangan jadi seperti kata pepatah: ‘Seperti melepaskan anjing tersepit’ dan ingatkan hadis Nabi: ‘Seorang mukmin tidak akan disengat dalam lubang yang sama sebanyak dua kali.’

Saya juga menyarankan agar kerusi lebih banyak diberi kepada PAS memandangkan wakil rakyat PAS yang lebih berwibawa, mempunyai ketahanan jiwa dan lebih amanah. DAP dan PKR harus bersedia menerima hakikat ini.

www.niknasri.co

Tiada ulasan: