"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Yusmadi 'sesat' ketika ke pejabat PKR

Kelewatan Ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff tiba di sidang akhbar oleh 12 ahli parlimen PKR di ibu pejabat parti itu pagi ini mendapat perhatian para wartawan.

NONEzulkifli noordinIni kerana, selain Wee Choo Keong (kiri), Wangsa Maju dan Zulkifli Noordin (kanan), Kulim Bandar Bharu, Yusmadi juga hangat diperkatakan akan keluar parti.

Para wartawan kemudiannya bertanya kepada ahli parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin mengenai ketiadaan Yusmadi di sidang akhbar tersebut.

NONEYusmadi (tiga dari kiri) adalah antara 12 ahli parlimen PKR yang menandatangani kenyataan bersama menafikan akan keluar PKR dan sebaliknya menyatakan sokongan mereka kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Mereka ialah Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S Manikavasagam (Kapar), N Gobalakrishnan (Padang Serai), Rashid Din (Merbok), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) and Hee Loy Sian ( PJ Selatan).

Bagaimanapun, Loh dan Gobalakrishnan tidak hadir kerana berada di luar negara.

NONEKamarul menggamatkan sidang akhbar tersebut apabila menjawab bahawa Yusmadi (kiri, berjaket gelap) 'sesat' dalam perjalanan ke ibupejabat PKR.

Yusmadi bagaimanapun tiba ketika sidang akhbar itu hampir selesai, untuk menolak dakwaan bahawa beliau akan meninggalkan PKR.

Bila ditanya selepas sidang akbar itu, Yusmadi berkata dia masih mendukung perjuangan reformasi Pakatan untuk mengakhir politik perkauman BN.

Dia menyamakan perjuangan Pakatan dengan gerakan Nelson Mandela, bekas presiden Afrika Selatan menentang dasar apartheid.

“Pakatan bukan hanya satu lagi parti gabungan, ini (adalah) satu gerakan rakyat yang ada potensi besar," tambahnya.

NONEBeliau juga mempertahankan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (kanan, berjaket gelap) yang dikritik oleh ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim yang mendakwa kerajaan negeri meminggirkan orang Melayu manakala ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng menuduh Lim meminggirkan wakil rakyat PKR.

Sebaliknya, Yusmadi menegaskan bahawa Umno dan BN juga tidak dapat menyelesaikan masalah kemiskinan orang Melayu Pulau Pinang dan mengingatkan pihak berkenaan supaya tidak menipu rakyat.

NONE“Isu yang ditimbul oleh Datuk Zahrain dan Tan menggambarkan cabaran untuk menguruskan Pulau Pinang.

“Selama 50 tahun, dengan usaha, sumber,dana politik (yang dimiliki), kenapa Umno dan BN gagal? Ini kerana isu kepimpinan dan urustadbir.”

Beliau juga masih menaruh harapan kepada Guan Eng kerana menurutnya, ketua menteri Pulau Pinang itu tidak menghadapi masalah korupsi.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: