Tidak sukar untuk menjangka modus operandi atau strategi politik Najib kini. Janganlah terlalu marahkan Najib dalam ini. Pakatan Rakyat juga harus dipersalahkan. Kenapa pimpinan Pakatan Rakyat , banyak yang lembab , slow dan lambat dalam hampir semua hal.
Cuba kita lihat apa yang telah dan sedang Najib buat. Sementara itu kita juga harus boleh mencuba meneka apa yang Najib akan buat selanjutnya.
Kira – kira bila musuh dengan mudah dapat membuat andaian atau mengagak apa yang mungkin berlaku , maka strategi itu sudah boleh dikira basi dan tumpul lah ianya nanti.
Begitu juga lah dengan tindakan Najib ketika ini. Strategi untuk memecahkan PKR dan yang lebih penting untuk ‘bunuh’ karektor Anwar , ‘by hook or by crook’ mesti diselesaikan lebih awal ,, sebelum PRU 13 , mudah difahami bukan sahaja oleh pimpinan PR malah rakyat di bawah sana.
Langkah awal membeli beberapa orang MP PKR sudah berjaya dilakukan.
Dengan harapan beberapa orang lagi dapat dibeli , walau dengan harga berapa sekali pun
Seterusnya melumpuhkan PKR , sekiranya boleh
Dan yang lebih penting ialah , sekiranya dapat iaitu ‘mengeluarkan’ Anwar dari kepimpinan PKR , sebagai Ketua UMUM. Ini agak mustahil dibuat kecuali PKR dibubarkan. Kalau itu yang berlaku , bukan setakat Anwar tidak berfungsi , Azizah pun tidak berguna
Lagi penting dan tersangat penting , yang sungguh menganggu tidur Pak Lah walaupun dikatakan cukup kuat tidur , dan juga Mahathir dan sudah lama tidak dapat tidak dapat tidur , ialah Anwar selaku Ketua Pembangkang.
Ini adalah kecelakaan terbesar kepada UMNO dan BN bagi PRU 13 nanti. Keupayaan PAS & DAP dari boleh duduk 1meja , berceramah 1pentas , bermesyuarat 1meeting , bergerak 1barisan , bernaung 1pakatan , ialah jawatan Ketua Pembangkang ,di Parlimen .
Sesunggunya kecelakaan agung bagi UMNO dan BN ialah jawatan Anwar , walaupun secara rasminya PR belum berjaya mendapat sijil pendaftaran [ mungkin tidak akan dapat kot…….] ialah selaku Ketua bagi gabungan pakatan Rakyat. Tidak kisahlah apa pun nama dan gelarannya samada Presiden , Pengerusi atau Yang Dipertua dan sebagainya.
Jadi usaha -usaha menggunakan NGO , professional dan pensyarah di beberapa buah university tempatan seperti Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. P. Sivamurugan dan Pengerusi Kajian Ketahanan Negara, Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani , bagi membuat ulasan , kenyataan , untuk tujuan menampakkan berkecualinya mereka dari parti politik UMNO , dengan hasrat untuk meletakkan tekanan kepada semua komponen Pakatan Rakyat supaya langkah pertama , Anwar dibuang dari jawatan sebagai Ketua pembangkang harus difahami oleh TGHH , DSAI & LKS dengan penuh bertanggungjawab. Kata mereka "Anwar tak layak Ketua Pembangkang"
Tapi sayang , lambat sangat , kerana dua lagi komponen pakatan rakyat DAP dan PAS menyatakan sokongan padu kepada
Walaubagaimana pun langkah awal , 2 komponen lagi Pakatan Rakyat , iaitu DAP & PAS membuat kenyataan rasmi untuk menyokong Anwar terus menerajui Pakatan Rakyat samada di Parlimen atau di luar harus dihargai.
Lihat pulak selepas ini , apa strategi selanjutnya najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan