"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemimpin Keluar Parti Suasana Biasa Parti Politik Malaysia

Fazallah Pit
DAMANSARA 4 MAC:
Semua parti politik di Malaysia pernah mengalami suasana bebeberapa pemimpin utama mereka keluar parti tetapi situasi itu tidak menjejaskan kelangsungan perjuangan masing-masing.

Sebaliknya, parti yang disangka Umno akan gulung tikar berikutan situasi itu tetap teguh dan meneruskan cabaran politik hingga kini, malah menjadi lebih kuat.
Demikian kata Timbalan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Syed Husin Ali merujuk kepada sejarah politik Malaysia termasuk PAS dan DAP.

Antara pemimpin PAS yang keluar parti ialah Asri Muda, Osman Abdullah, Nakhaie Ahmad manakala DAP pula ialah Goh Hock Guan, Richard Ho dan Lee Lam Thye.
Dalam kenyataan media itu, beliau mengingatkan semua pihak Umno juga mengalami situasi lebih serius apabila pengasasnya, Datuk Onn Jaafar dan semua presiden parti itu keluar parti.

Beliau mengaitkan sejarah itu dengan insiden pembelotan beberapa pemimpin PKR kebelakangan ini.
-tvselangor-

Tiada ulasan: