"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib: Jadikan Quran Sumber Ilmu! (sekalipun isteriku tak bertudung)

dewa
Najib Razak mendesak agar umat Islam menjadikan Quran sebagai sumber ilmu sekalipun partinya, UMNO, begitu gigih menentang Quran dari dijadikan sumber perundangan. Kalau benar Quran mesti dijadikan sumber ilmu, kenapa ceramah agama mengajar Quran diserbu pulak? Kritikan untuk Jamil Khir disertakan.

"PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak meminta umat Islam menjadikan al-Quran sebagai sumber ilmu dan intelektual dalam kehidupan di samping membaca dan menghafaz kitab suci itu.

Perdana Menteri berkata, al-Quran mengandungi mutiara pengetahuan amat berharga untuk manusia, manakala membaca dan menghafaz ayat suci adalah sesuatu yang afdal kerana diberikan pahala oleh Allah.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom." -tamat-

Ilmu tanpa amal umpama pohon tanpa buah. Dari satu sudut, Najib gesa kita menjadikan Quran sumber ilmu. Dari sudut lain, Najib pergi sendiri ke Mesir untuk menggesa kerajaan Mesir agar tidak mengambil pelajar Malaysia yang ingin mendalami ilmu agama melainkan mereka yang dihantar oleh kerajaan.

Masih terngiang-ngiang ucapan KJ dalam debat bersama Husam Musa bahawa UMNO tidak akan dan tidak bercadang melaksanakan Syariah.

Cit podah! Seperkara lagi, saya cabar Jamil Khir untuk menegur Rosmah agar belajar belajar menutup aurat kerana hukumnya wajib. Atau mungkinkah Jamil Khir akan menggeletar lutut dan menjadi Syaitan Bisu?

Tiada ulasan: