"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Prihatinnya Kerajaan BN

laniisma
Penstrukturan semula sistem subsidi petroleum dibatalkan , tiada sebarang kenaikan harga bahan api itu buat masa sekarang. Nampaknya kerajaan hendak ‘test market’ dan nampaknya kerajaan BN terlalu prihatin kepada raky at.

Kerajaan ingin menaikkan tol, maka diwar-warkan akan kenaikkan itu. Maka rakyat rasa gelisah akan beban yang bakal dihadapi. Selepas beberapa ketika tak jadi. Maka jadilah kerajaan BN kerajaan yang prihatin. Maka kerajaan pun seronok main sorok-sorok. Maka diwar-warkan ingin menaikan kadar elektrik, tak jadi, maka jadilah lagi prihatinnya kerajaan BN.

Rasanya rakyat begitu cerdik dan tidak mudah terpedaya dengan helah prihatinnya kerajaan BN kecualilah Umno Karat, maka huha-huhalah dia mengatakan begitu prihatinnya kerajaan. Kena tipu sampai bila-bila.

Sekiranya kerajaan ingin benar-benar menjaga kebajikan rakyat, niat untuk membebankan rakyat memang tidak ada dan berusaha untuk meringankan beban rakyat. Ini tidak main acah-acah, acah-cah pun kebiasaan kita kena juga.

Kita lihat kerajaan Selangor yang prihatin kebajikan rakyat dengan menghalang Syabas daripada menaikkan harga air sehingga ingin disaman Syabas (Anda tentu ingat gaji Pengerusi Syabas sebulan). Niat ingin menjaga rakyat menjadi keutamaan. Ini tidak, niat ingin ‘menyapu’ dahulu, kebajikan dan bebanan rakyat entah yang ke berapa.

Jadi rakyat perlu ingat, BN ‘sesak’, dijagailah rakyat. Untuk ketika ini tiada kenaikan, itu diberitahu awal-awal (baca ketika BN sesak). Sekiranya merasa dah baik sedikit, jagalah hangpa semua. Prihatin belakang kira. Kita juga harap-harap BN sesak nafas selamanya.

Tiada ulasan: