"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ada kemungkinan Mohsin keluar parti kerana ada senarai-hitam

bumiperak
[mohsin.jpg]IPOH 3 Mac 2010 Pakatan Rakyat Perak mengutuk tindakan bekas Setiausaha Agong PKR Salehudin Hashim yang mengulangi ugutan mendedahkan segala maklumat rahsia peribadi anggota parti yang dia memiliki dan sekarang ini terbukti segala pengetahuannya itu bocor berikutan keputusan Ahli Parlimen (AP) Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri keluar dari PKR.

“Melihat kepada suasana politik tidak menentu dengan tekanan dan ugutan dibuat oleh Perdana Menteri Najib Razak, saya tidak terkejut masih ada lagi mereka yang lompat parti ” ulas Nizar Menteri Besar Perak yang disingkir pada sidang media di sini.

Perhubungan masa lalu antara saya dengan Mohsin tidak pernah menyerang saya seperti seperti mereka yang mahu keluar parti semata-mata mahukan habuan wang ringgit. Kita tentunya mengenali rapat mereka, tidak mustahil perkara ini ada kaitan ugutan oleh seseorang seperti Salehudin.

Malah, Salehudin kelihatan bersama di sidang media ketika Mohsin mengumumkan tindakan keluar parti pada pagi tadi. Spekulasi telah kedengaran tentang siapa dalang disebalik keretakan yang berlaku dan Umno telah mengambil kesempatan ‘menjuarai’ bekas Setiausaha Agong PKR disebalik pengetahuan mendalamnya ramai anggota PKR tentang kekuatan dan kelemahannya.

Menurut satu laporan berita, sedangkan AP PKR Wangsamaju Wee Choo Keong pernah menerima ugutan dari Umno dengan ancaman boleh membongkar maklumat peribadinya.

“ Adalah sesuatu yang mengecewakan jika dia bertindak menodai segala jasanya dibina selama 6 tahun sebagai Setiausaha Agong PKR dengan mendedah maklumat rahsia anggota parti “ kata Nizar.

Dasar Islam dibawa PAS juga turut mengutuk kaedah yang tidak bertamadun dan khuatir cara ini tidak hanya mencemarkan Umno tetapi juga maruah bangsa Melayu juga.

Nizar juga menyatakan hairan terhadap sikap Mohsin dengan menyatakan tindakan keluar parti kerana ingain pertahankan kalimah Allah, merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi yang mengistiharkan bukan Islam juga berhak menggunakan perkataan Allah sama kepada Tuhan. Umno telah berkata penggunaan kalimah Allah hanya kepada orang Islam sahaja.

Berbeza dengan gerakan PAS yang berteraskan dari kalangan ulama dan Tok Guru berpendapat Allah juga boleh digunakan kepada semua manusia selagi mana ia bertepatan dengan panduan agar tidak disalahkan.

“ Jika Mohsin sebenarnya mematuhi ajaran dari Al-Quran, perkara pertama perlu dia tolak adalah Umno sebab itu tuntutan Allah, yang menolak Al-Quran dan yang berjuang atas sentimen bangsa dan dasar tidak berlandaskan Islam.” ujar Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan ADUN Pasir Panjang. “

Saya menyeru semua AP dan ADUN Pakatan Rakyat agar tidak mudah kucar-kacir dari apa yang berlaku. Jangan ambil jalan mudah untuk senang kerana ia akan memburukkan keadaan. Di Perak ada anggota PAS, DAP dan PKR ditawarkan RM10 ke 25 juta ringgit untuk tumbangkan Pakatan Rakyat. Seperti yang diketahui sebahagiannya menerima dan kebanyakan menolaknya. Kerana mereka sedar tidak mahu sejarah mengenangkan sebagai pengkhianat. Sanggupkah anda menjadi hina hanya kerana wang “.

Tiada ulasan: