Tidak lama dahulu kecuh sekali pasal Dr Asri Zainal Abidin bekas mufti Perlis dikatakan masuk Umno bersama beberapa orang ulamak muda Negara.
Saya turut menulis satu rencana berjudul: Ada yang susah hati bila dengar Dr Asri nak masuk UMNO.
Intro judul ini saya mulakan dengan perkataan Macam macam ada dan macam macam boleh berlaku. Tetapi kena ingat apa yang berlaku diatas muka bumi Allah adalah dengan kehendak yang maha pencipta. Kita juga kena ingat juga itulah adalah pilihan manusia.
Kalau tidak baik itu adalah "salah kamu sendiri". Ini Alah penrah sebut dalam Al Quran ketika kekalahan Islam semasa perang Uhud.
Oleh itu, tidak harus susah hati apabila dengar cerita Dr Asri , bekas Mufti Perlis nak masuk UMNO. Biarkan. Manusia mana ada kuasa untuk menahan sesiapa menyertai parti politik.
Itu adalah haknya. Macam juga Datuk Seri Anwar Ibrahim, masuk UMNO.
Kalau benar Dr Asri nak masuk UMNO biarkan, kerana mungkin jiwa politiknya serasi dengan UMNO.
Saya rasa Dr Asri sangat berminat untuk menyertai Umno. Kalau tidak mustahil dia boleh hadir menyertai perhimpunan umno yang sedang berlansung sekarang.
Sehubungan dengan itu minggu lepas Dr Asri telah diberi peluang yang sangat istimewa oleh PAS Terengganu, iaitu mengadakan kuliah maghrib di masjid PAS Banggol Peradong dan membaca khtubah di masjid PAS Mengadang Baru Kuala Terengganu.
Dalam pada itu beliau pernah menulis kepada saya yang berbunyi: "Ingin saya tegaskan kepada rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik.Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta, tanpa mengira batasan parti, kaum dan agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua.Dalam masa yang sama, saya menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah dalam mana-mana parti. saya tidak mahu membuat kenyataan banyak dalam hal ini, demi menjaga perasaan sahabat-sahabat dan pihak-pihak yang lain. Apa yang penting, saya tidak menyertai mana-mana parti, dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu setakat ini.
-Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Manakala dalam furom anjuran pemuda Umno beliau memuji PAS kerana sudah berubah berbanding dengan Umno masih belum berubah.
Saya percaya beliau berada dibelakang ketua pergerakan pemuda Umno dan sedang memainkan peranan sebagai orang tengah untuk menyatukan PAS dengan Umno sepertimana disebut oleh ketua pemuda dalam perhimpunan pemuda dengan ucapanya yang berbunyi: bahawa suatu hari nanti pas dan umno pasti akan bersatu juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan