"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penyamun umur 13 tahun dicekup

JOHOR BAHRU: Mungkin tidak tahu apa yang hendak dibuat di rumah sejak berhenti sekolah, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun bertindak melakukan kegiatan samun di sekitar Teluk Danga di sini sejak beberapa bulan lalu.
ANTARA barangan yang dirampas daripada 'Rambo Kecik' ketika ditahan Isnin lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff   berkata, suspek yang digelar ‘Rambo Kecik’ gara-gara bertubuh kecil, sering menggunakan pisau rambo bersaiz mini untuk mengugut mangsanya setiap kali melakukan kegiatan tersebut.
Menurut beliau, suspek juga dipercayai tidak takut dengan mangsa yang bersaiz lebih besar dan berusia, selain dikatakan tidak teragak-agak bertindak kejam termasuk mencederakan mangsanya di lorong-lorong yang sunyi di sekitar Teluk Danga di sini.
Bagaimanapun katanya, kegiatan suspek berakhir juga apabila berjaya ditangkap selepas baru menyamun seorang lelaki berusia 23 tahun pukul 1.30 petang Isnin lalu.
“Mangsa yang melawan ketika diugut supaya menyerahkan telefon bimbit oleh suspek berjaya melarikan diri sebelum melaporkan perkara itu kepada pihak keselamatan di Teluk Danga.
“Suspek yang berjaya ditahan tidak lama selepas itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
-kosmo-

Tiada ulasan: