"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rakyat khuatir Datuk T cetus masalah selagi tidak ditangkap


KUALA LUMPUR: Rakyat khuatir bermacam-macam lagi masalah akan timbul jika trio Datuk T tidak ditangkap dan didakwa di mahkamah, kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat.
Beliau berkata, rakyat kecewa kerana polis tidak menahan mereka yang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, kerana menyiar video lucah.
“Pelbagai pihak sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu. Polis seharusnya menangkap dan mendakwa ketiga-tiga individu berkenaan,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Trio Datuk T terdiri daripada Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Mereka bertanggungjawab dan mengaku menayangkan video lucah di Hotel Carcosa Sri Negara pada 21 Mac 2011 tidak dikenakan sebarang tindakan kerana mendapat imuniti dan perlindungan dari kerajan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Kesal dengan kebocoran maklumat hingga menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab  memuat naik sebahagian rakaman video fitnah itu dalam Youtube, Suhaizan berkata, kegagalan polis itu menggalakkan orang ramai membuat tangkapan awam.
“Di Johor, terdapat berpengalaman membuat tangkapan awam ke atas penyogok calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja, Johor dalam pilihan raya 2004. Tangkapan itu berjaya membawa kes berkenaan ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada waktu itu.
“Jika polis tidak bertindak segera kepada ketiga-tiga individu itu dan membiarkan beberapa laman blog menyiar video lucah, maka mungkin rakyat akan membuat  tangkapan awam dan menyerahkan kepada polis,” katanya.

Tiada ulasan: