"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Orang yang lari dari medan peperangan 2008 sekarang bercita-cita nak jadi YDP

abu_farhan
Apakah ada nilai seseorang yang sebelumnya menjawat jawatan kedua tertinggi dalam hiraki parti di peringkat kawasan keluar meninggalkan parti dan jemaah disaat-saat menjelangnya pilihanraya umum 2008 yang lalu dengan seribu satu alasan tiba-tiba menjelang pemilihan parti 2011 lalu dan kini tiba-tiba muncul dengan tekad untuk merebut jawatan YDP PAS Kawasan Puchong....


Apakah individu ini ada maruah dan harga diri?...apakah individu ini layak memimpin parti dan jemaah?.... dalam sejarah perjuangan PAS sebelum ini banyak yang berkelakuan seperti orang Puchong ni...antaranya ada yang lari meninggalkan parti dan jemaah di saat pilihanraya seperti di Parlimen Titiwangsa sebelum ini dan akhirnya orang itu pun keluar meninggalkan parti dan khabarnya sekarang jadi orang kuat PKR kemudianya keluar.... yang sorang lagi kini tak tau jadi apa....

Berlainan kes di Puchong ni...keluar di saat pilihanraya 2008 dan bila PR memenangi dan memerintah Selangor...kembali terhegeh-hegeh dengan pelbagai gerakan sulit untuk merampas kuasa di Puchong...barangkali habuan dunia sudah nampak di mata mereka sekarang...hibah harta dan jawatan menjadi igauan sepanjang masa....

Tidakah orang yang lari dari medan peperangan menjadi satu kesalahan yang besar dalam islam dan tidakah wajar orang yang lari dari medan perjuangan ini layak digelar MUNAFIK HARAKI dan wajib dihukum?... kenapa orang seperti ini hendak dicalonkan sebagai YDP dalam mesyuarat Agung PAS Puchong akan datang?... Kalau pun YDP sekarang tidak berhasrat untuk mempertahankan jawatanya, tidakah ada calon yang lebih berwibawa untuk diketengahkan selain dari orang ini.....sesungguhnya orang ini tidak layak dan tidak layak untuk mengisi sebarang jawatan dalam hiraki parti kerana kesalahan lari meninggalkan parti sejurus berlangsungnya pilihanraya umum 2008 lalu.

Tiada ulasan: