"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anda sudah beli Payung Terjun?

tokpepijat
Dulu Cina. Kini tiba giliran Melayu jadi mangsa. Ini bukan isu perkauman. Semuanya berlaku di pejabat SPRM.

Cara mati pun sama. Jatuh. Jatuh dari bangunan ke bawah.

Dulu Beng Hock didakwa tidak balik rumah selepas disiasat. Barangkali tunggu cerah tanah baru mahu balik.

Kini, orang Kastam didakwa jatuh selepas datang pejabat SPRM selepas dibebaskan dengan ikat jamin. Berminat pula arwah mengunjungi pejabat SPRM sama seperti Beng Hock yang "berminat" tidur di sofa SPRM.

Kematian orang Kastam berlaku selepas pegawai SPRM meninggalkannya dalam pejabat dalam tempoh 5 minit.

Jika Beng Hock disiasat melibatkan wang tidak lebih RM3,000, arwah disiasat melibatkan juta-juta RM.

Siasatan ke atas arwah dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.

Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.


Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya.

Nampaknya semakin berlanjutan kes Beng Hock, semakin nampak " sinar kebenaran" sepertimana semakin "mengembang" isu video milik Rahim dan gengnya semakin terbongkar kerja jahatnya.

Barangkali selepas ini, setiap orang yang dipanggil untuk disiasat di bangunan SPRM wajib dibekalkan "payung terjun" agar terselamat jika jatuh atau terjun dari bangunan SPRM

Tiada ulasan: