"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Masjid bukan tempat hasut jemaah benci Islam

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 1 Julai: Persatuan Mahasiswa Islam Uuniversiti Malaya (PMIUM) menyatakan kekecewaan dengan pengisian khutbah Jumaat di sebuah masjid yang terletak di Lembah Klang.

Menurut Presidennya, Muhammad Safwan Bin Anang@Talib, beliau terkejut apabila mendengar isi khutbah di masjid terbabit yang dilihatnya tidak kena pada tempatnya.

“Sepatutnya masjid dijadikan tempat untuk membincangkan dan menerangkan tentang penindasan dan kebenaran tentang ajaran Islam, bukannya menghasut para jemaah membenci Islam.

“Isu gejala murtad dan maksiat masih berleluasa. Isu seperti inilah yang sepatutnya dibincangkan dalam pengisian khutbah. Peristiwa Israk dan Mikraj pun masih ramai anak muda serta masyarakat belum hayati,” katanya.

Menurutnya, khutbah Jumaat di masjid yang terletak di Bandar Tasik Selatan itu menyatakan tentang haramnya perhimpunan Bersih 9 Julai nanti.

“Walaupun khatib tak sebut mana-mana parti politik, tetapi di pihak kami, kami tetap menolak budaya menjadikan masjid sebagai tempat berkepentingan pihak tertentu yang sengaja ingin menjauhkan Islam daripada umatnya.

“Apabila khatib memberitahu tentang haramnya perhimpunan Bersih, kami menganggap ianya satu cubaan untuk menghasut masyarakat supaya jangan turun 9 Julai nanti,” katanya.

Safwan juga ada menemui beberapa penduduk yang turut sama bersembahyang dan mendengar khutbah Jumaat di masjid tersebut.

“Saya temui beberapa penduduk dan mereka terkejut apabila mendengar tentang hujah-hujah yang tidak berasas tentang haramnya Bersih 2.0.

“Mereka turut kecewa apabila masjid digunakan untuk kepentingan perjuangan peribadi daripada perjuangan menegakkan kebenaran dan mendekatkan masyarakat dengan Islam.

“Saya difahamkan kebanyakan yang solat di masjid itu adalah askar-askar yang menjalani latihan di kem berdekatan,” katanya.

1 ulasan:

khadeeja is my dotter berkata...

BYK MASJID LAIN PUN SAMA. MASJID SATU KG DI TGH KL, TRG2 SEBUT PIHAK AJK SERU PR JEMAAH JGN TURUN PROGRAM 9 JULAI NANTI KERANA MENCEMARKAN KESUCIAN MASJID..DLM KHUTBAH..MUNGKIN PERKARA2 HARAM LAIN DAH HABIH DIKHUTBAHKAN KOT..