"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BN bimbang jika lapan tuntutan Bersih ditunai

Detikdaily
KEGAGALAN kerajaan Umno- BN menunaikan lapan tuntutan Bersih pasti akan membawa padah kepada parti itu sendiri, sehingga menyebabkan rakyat negara ini semakin sedar dengan pelbagai penipuan yang dilakukannya selama ini.
Pihak BN sendiri sedar perkara itu, dengan didasarkan kepada sokongan rakyat yang semakin merosot terhadapnya yang akan menyebabkan Umno- BN akan mengalami kekalahan teruk pada PRU13 akan datang.

AJK PAS Pusat, Khalid Samad berkata, untuk tidak mengalami kekalahan, BN sedang berusaha mencipta pelbagai corak penipuan yang tidak mudah dikesan oleh partiparti pembangkang dengan menjadikannya sebagai sesuatu yang tidak menyalahi undangundang.

Menurut beliau, antara cara yang dilakukan oleh pihak BN dengan mengarahkan SPR melakukan penipuan melalui daftar pemilih, dengan menyenaraikan warganegara asing yang diberikan taraf kerakyatan negara ini sebagai pengundi yang sah di negara ini.

“Dengan cara yang dibuat itu, di atas kertas dan dari sudut undang-undang, warganegara asing itu mempunyai hak untuk mengundi dan pihak pembangkang tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya
Namun penipuan mereka itu, menurut beliau, tetap berjaya dikesan oleh pihak pembangkang khususnya Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan rakyat negara ini mengambil daya usaha untuk mengadakan Perhimpunan Aman Bersih 3.0.

Katanya, perhimpunan “Duduk Bantah” bukanlah dianjurkan oleh parti politik, tetapi NGO, iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil atau Bersih, manakala penganjuran perhimpunan itu pula sememangnya sesuatu yang wajar.

“Himpunan yang diadakan itu adalah untuk menzahirkan penolakan rakyat terhadap penipuan-penipuan yang dilakukan oleh pihak BN termasuk menerusi cara yang dilihat sebagai tidak menyalahi undang-undang, bagi mendesak pilihan raya di negara ini diadakan dengan bersih dan adil,” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam yakin dengan tindakan seperti itu akan menyedarkan BN mengenai kesedaran rakyat terhadap penipuan-penipuan itu dan penentangan keras rakyat terhadap usaha-usaha kotor yang dilakukan itu.

Namun, beliau hairan kerana terdapat juga di kalangan rakyat negara ini yang berusaha menolak pilihan raya di negara ini diadakan dengan bersih dan adil.

Tiada ulasan: