"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PRU 13 : BN Tertekan Di Johor, CINA Tolak BN, PR Yakin Menang

Mutaligat 
BN Johor, benar-benar tertekan dalam menghadapi PRU 13. Ini kerana majoriti kerusi-kerusi Parlimen dan Dun di Johor adalah kerusi campuran antara Melayu dan Cina. Kebanyakan kerusi hampir 50:50 antara bilangan pengundi Cina dan Melayu. Hanya beberapa Parlimen sahaja yang mempunyai jumlah pengundi Melayu yang agak ramai antaranya Mersing, Kota Tinggi Ini yang membuatkan Ghani Othman tidak tidur malam.

Alamgkah eloknya jika Ghani Othman tidak payah memeningkan kepalanya, lebih baik beritahu Najib bahawa dia nak 'surrender' dan pencen.

Elok kerana kemarahan orang Cina terhadap BN semakin meluap-luap khususnya selepas Bersih 3.0 maka dijangkakan BN akan menghadapi mimpi ngeri pada PRU 13 nanti. Pengundi Cina sudah tidak takut lagi untuk mengundi PAS seperti yang ditunjukkan oleh mereka di Dun Sg Abong dan Maharani yang dimenangi PAS pada PRU 12 dahulu. Pada PRU 13 kali ini, adalah dijangkakan 80-90 % pengundi Cina akan mengundi DAP dan 70-80 % dari mereka akan mengundi PAS. Jika keadaan ini benar-benar berlaku sudah tentu BN akan tergolek dan bungkus di Johor.

Sementara itu PAS negeri Johor yang menang dua kerusi undangan negeri (DUN) pada 2008 meletakkan sasaran realistik sesuai dengan sokongan pengundi kepada parti itu dalam pilihan raya umum 13.

“Sasaran realistik ialah menang 15 kerusi negeri berdasarkan fokus parti sebaik selesai pilihan raya umum 2008 dan sokongan pengundi.

“PAS akan meletakkan calon di 28 kerusi tetapi pontesi menang adalah 15. Ini sasaran yang realistik dan terjangkau,” kata Datuk Dr Mahfodz Mohamed, orang nombor satu PAS Johor.

“Jika menang lebih daripada kerusi itu, ia bonus. Kemungkinannya tetap ada” katanya kepada Portal FMT baru-baru ini.

Bagaimanapun, Dr Mahfodz tidak menyebut kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh PAS itu.

Parti itu bertanding 33 kerusi negeri dalam pilihan raya umum lalu tetapi cuma menang dua kerusi negeri – Maharani dan Sungai Abong.

PAS tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen walaupun meletakkan sembilan calon.

3 calon bukan Islam

“Kali ini kita (PAS) akan bertanding lapan kerusi Parlimen, antaranya Pulai, Pagoh, Simpang Rengam dan Air Hitam.

“Kita ada peluang untuk menang kerana Umno sendiri mengakui ada sembilan kerusi yang kelabu dan hitam dalam pilihan raya kali ini.

“Ini bermakna, kawasan tradisi Melayu itu kemungkinan dimenangi calon PAS tetap cerah,” katanya.

Menurut Mahfodz lagi, PAS negeri sudah menghantar senarai nama calon kepada pejabat agung PAS di Kuala Lumpur.

Katanya, dalam senarai tersebut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dicadangkan untuk bertanding dua kerusi iaitu Parlimen dan negeri.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan itu mengesahkan akan pulang dan bertanding di Johor dalam pilihan raya umum 13.

“Banyak muka baru kali ini, Johor juga menghantar beberapa nama bukan Islam, tiga muslimah dan muka-muka baru.

“Kita sedang merangka manifesto bersama Pakatan Rakyat. PAS akan menggunakan manifesto ini di kawasan-kawasan yang kita tandingi.

“Kita tahu, PAS tidak akan menang secara sendirian. Kita bertanding secara bersama (Pakatan Rakyat),” tambahnya.

Tiada ulasan: