"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Firma Razak Baginda Jual Rahsia TLDM Kepada Firma Perancis, Umno terlibat

Wong Choon Mei
Firma Baginda jual rahsia tentera laut pada firma Perancis, Umno terlibat -peguam Scorpene
Peguam Perancis yang bertindak untuk NGO Malaysia SUARAM telah mendakwa seorang pembantu rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjual rahsia pertahanan bernilai 36 juta euro atau RM142 juta kepada DCNS, pembuat senjata Perancis.

"Ia adalah dokumen rahsia kepunyaan Tentera Laut Malaysia, penilaian ini adalah untuk mendapatkan kapal selam yang merupakan dokumen yang sangat sulit,"

Joseph Breham memberitahu satu sidang akhbar di Bangkok pada hari Rabu.
Menurut Breham, yang mengetuai pasukan undang-undang SUARAM, polis Perancis telah menjumpai bukti bahawa firma Terasasi telah menjual maklumat rahsia kepada gergasi tentera laut Perancis.

Berita terbaru yang melibatkan pengkhianatan akan menaikkan kemarahan rakyat Malaysia, yang sudah bimbang dan kecewa dengan endemic rasuah pemerintah parti Umno Najib. Breham dipetik berkata, di Perancis menjual menjual maklumat sulit negara lain adalah melanggar undang-undang pertahanan.

"Ia adalah pengkhianatan kerana anda menjual rahsia pesaing atau negara asing tentang spek senjata dan pelan bagaimana untuk menggunakan senjata khusus ini. Di Perancis, jika mereka dilepaskan, anda boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara." tambahnya lagi.

Ke Hong Kong untuk menutup jejak

Terasasi dikawal oleh Razak Baginda, yang telah dituduh bertindak sebagai proksi Najib dan mendapatkan 570 juta euro dalam bentuk sogokan dari kerajaan Malaysia dalam pembelian 2 kapal selam Scorpene yang bernilai RM 7.3 bil.

Baginda dan bapanya Abdul Malim merupakan pengarah Terasasi. Terasasi telah diperbadankan di Hong Kong dan pada asalnya dikenali sebagai Penasihat dan Perkhidmatan Sokongan Kinabalu Ltd.

Najib adalah menteri pertahanan yang telah mempersetujui pembelian itu pada tahun 2002. Baginda telah menjadi pensyarah di Kementerian Pertahanan dan menjadi pengarah sebuah badan strategi penyelidikan di Malaysia.

Menurut Breham, laporan itu adalah mengenai kerja "kejuruteraan komersial". "Mereka diberikan maklumat yang sedia ada di Internet dan akhbar, kecuali satu dokumen ini." Kata Breham, sambil merujuk kepada majistret penyiasat di mahkamah Paris di mana perbicaraan terbuka telah bermula bulan lepas.

Hubungan dengan Daim

Selepas gagal mendapatkan kerajaan Malaysia untuk memulakan siasatan besar-besaran terhadap dakwaan penyelewengan wang pembayar cukai oleh pucuk pimpinan, SUARAM telah memfailkan aduan terhadap DCNS di Paris pada tahun 2010 kerana didakwa telah menyogok pegawai Malaysia untuk mendapatkan pengambilalihan itu secara kontroversi.

Ia adalah salah di sisi undang-undang Perancis bagi firma untuk menawarkan rasuah atau komisen bagi menjamin transaksi dan jika DCNS didapati bersalah, ia mungkin perlu membayar balik wang rakyat Malaysia. Dalam proses itu, pegawai-pegawai Malaysia yang bersalah akan diketahui - satu langkah yang akan memaksa kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan atau sedia menghadapi cemuhan di seluruh dunia dan kehilangan kredibiliti.

Hanya sehari yang lalu, SURAM telah mendedahkan bahawa selain dari Najib dan Baginda, bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin mungkin juga telah terlibat melalui sekutunya Mohd Ibrahim Mohd Noor.

Dokumen yang disita oleh polis Perancis termasuk dokumen yang berlabel "Malaysia", di mana terdapat laporan sulit mengenai Perimekar dan TERASASI - dua firma yang dikaitkan dengan Baginda.

Laporan ini termasuk nota mengenai "Mengesan latar belakang rundingan", yang menyatakan bahawa menurut kontrak pertahanan utama antara Perancis dan Malaysia, terdapat syarat bahawa pemindahan wang yang besar disalurkan kepada individu dan/atau organisasi politik.

"Nota tersebut secara khusus menyatakan bahawa selain daripada individu, parti pemerintah (Umno) adalah penerima terbesar. Perunding (agen syarikat) sering digunakan sebagai agen rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang ini dan menerima komisen dari pemberi perintah. Nota itu menyebut mengenai Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Abdul Razak sebagai titik rujukan untuk rangkaian politik, "kata Suaram dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu.

Baginda ambil alih dari Mohd Ibrahim apabila kuasa Najib meningkat dan Daim menurun

Nota juga mendedahkan bahawa menjelang awal 2001, pengaruh Mohd Ibrahim mula merosot berikutan kejatuhan Daim dari kuasa, yang mengakibatkan kehilangan nama Mohd Ibrahim Mohd Noor dari Perimekar sebagai pemegang saham dan pengarah. Dia kemudiannya digantikan oleh orang-orang Razak Baginda.

Bertentangan dengan dakwaan beberapa blog Umno yang cuba untuk memesongkan fakta dengan menyalahkan Daim, dokumen yang disita setakat ini oleh polis Perancis menunjukkan bahawa Baginda akhirnya memang menjadi titik rujukan utama bagi rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang.

"Sebaliknya, Razak Baginda mengekalkan hubungan yang baik dengan Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri. Tambahan pula, isterinya (Mazlinda) adalah kawan rapat isteri Menteri Pertahanan (Rosmah). Oleh itu, Baginda menjadi orang penting: Terasasi dikaitkan dengan Baginda manakala Perimekar pada awalnya dikawal oleh Mohd Noor," jelas nota itu.

C4 disebut dalam dokumen-dokumen disita polis Perancis


Baginda diminta untuk menjadi saksi dalam kes di Perancis. Dia telah dibebaskan daripada pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dan dia juga telah mengakui mangsa sebagai bekas kekasihnya yang dipercayai tahu tentang transaksi Scorpenes.


Bapa Altantuya, Setev Shaariibuu, berada di Kuala Lumpur pada bulan lepas dan mengejutkan negara apabila beliau mendedahkan bahawa anak perempuannya telah datang untuk berjumpa Najib untuk "memutuskan sesuatu bersama dengannya". Jika benar, ini akan mempunyai implikasi politik serta jenayah yang serius bagi Najib, yang menjadi PM sejak tahun 2009 dan yang telah menolak semua gesaan untuk meminta Suruhanjaya Siasatan Diraja diadakan untuk kedua-dua kes pembunuhan dan pembelian Scorpenes.

"Saya bertanya kepadanya apakah tujuan dia datang ke Malaysia. Dia menunjukkan kepada saya gambar yang diambil di Paris. Tiga orang berada di dalamnya - Abdul Razak Baginda, Najib dan Altantuya. Dia berkata 'Saya perlu berjumpa dengan orang penting disana', dan menunjuk kepada Najib," kata Setev.

"Dia memberitahu saya dia mempunyai sesuatu untuk dibincangkan dengan Najib. Saya memberitahunya ia tidak berbaloi tetapi dia tetap pergi. Ramai saksi telah melihat gambar ini saya bukan satu-satunya malah Burmaa Oyunchimeg, yang juga merupakan seorang saksi telah memberitahu mahkamah mengenai perkara itu semasa perbicaraan pembunuhan pada tahun 2007. "

Altantuya dibunuh dalam di dalam hutan di Malaysia pada tahun 2006 dan badannya dibom dengan menggunakan bahan letupan C4 untuk mencegah dirinya dari dikenalpasti.

Antara dokumen yang disita oleh polis di Perancis merupakan satu sub-folder yang bertajuk "C4" – dan ini terus mengukuhkan syak bahawa Altantuya telah dibunuh kerana pengetahuannya berkenaan hal Scorpene dan walaupun dua bekas pengawal peribadi Najib telah dihukum gantung bagi pembunuhan itu, mereka hanya bertindak atas arahan dari 'atas'.
-Malaysia Chronicle-

Tiada ulasan: