"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saksi, Bukti Kukuh Penyelewengan SPR di Terengganu : Ahmad Said Tumbang?

hijabulcrewz

Saya menerima satu BERITA SAHIH menggemparkan tentang penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh Pegawai SPR yang telah berlaku di salah satu DUN di Negeri Terengganu, daerah Besut. 


Kawasan mana? Maaf itu saya masih belum dibenarkan dedahkan kepada umum, biarlah sama-sama kita tunggu kenyataan rasmi daripada PAS Terengganu.

Petisyen bantahan telahpun dikemukakan kepada mahkamah. Saya hanya mempunyai maklumat tentang satu kawasan ini namun khabarnya petisyen bantahan turut dibuat di kawasan serta DUN atau Parlimen yang lain. Butiran rasmi masih tak didedahkan kepada umum. Saya tidak tahu kenapa, namun saya yakin ada sebab serta strategi kenapa butiran rasminya masih belum didedahkan kepada umum.

Saya juga telah disahkan berkenaan dengan perjumpaan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang dengan ahli keluarga Pegawai SPR tersebut. Beliau juga telahpun mengadakan perjumpaan tertutup dengan wakil rakyat BN yang menang kerana penipuan itu.

SAKSI? ADA! BUKTI? KUKUH!


Sebelum ini, saya mengandaikan akan ada "sesuatu" berlaku semasa Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar berkait dengan kes ini. Tapi, jangkaan saya meleset. Maka, ini memungkinkan peluang kepada rampasan semula Terengganu kepada Pakatan Rakyat melalui mahkamah dalam masa 21 hari ini.

Ini hanyalah satu kes daripada banyak-banyak kes yang sampai kepada saya dengan penjelasan bukti serta saksi yang amat kukuh sekali. Saya rasa dengan hanya DUN ini, jika menang, Pakatan Rakyat bakal menambah kerusinya di Terengganu menyebabkan kedudukan kerusi DUN terikat kepada 16-16. Itu belum campur dengan keputusan bantahan petisyen di kawasan-kawasan lain.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin juga dikhabarkan tidak senang dengan situasi yang berlaku di Terengganu sekarang. Mengikut peraturan Pilihan Raya, jika kedudukan kerusi terikat antara kedua-dua parti yang saling bertentangan, Sultan mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah pemerintah yang layak. Tak perlu ditanya siapa yang akan dipilih oleh baginda sultan. Dengan hubungan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang dan baginda Sultan Mizan Zainal Abidin yang amat rapat, sudah pasti baginda akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.


Maaf, sekali lagi saya ucapkan kepada pengunjung blog ini. Butiran penuh berkenaan dengan perjumpaan tuan Presiden dengan wakil rakyat BN dan keluarga pegawai SPR yang menyeleweng tidak dapat saya dedahkan tanpa izin rasmi parti. Bagaimana penipuan ini boleh bocor dan terbongkar juga tidak dapat saya siarkan. Mungkin, jika terdapat pengunjung-pengunjung di blog ini yang telah mengetahui kes ini terutamanya pengunjung dari Terengganu. Lagipun, kes ini sedang berjalan di mahkamah. Ini bertentangan dengan prosedur mahkamah.

Petisyen bantahan serta pendedahan ini juga saya harap dapat menutup mulut para penyokong PAS/PR dan Blogger PR yang tidak habis-habis menyerang Tuan Guru Presiden dan PAS tanpa adab dan penuh keceluparan. Maaf, saya kata tapi kamu tidak layak dipanggil pejuang jika perangai kamu sama sahaja dengan UMNO/PERKASA. Saya tegaskan, PAS bukan seperti parti-parti politik lain yang terdapat di Malaysia. Saya tak kata PAS serta pimpinan PAS tidak boleh dikritik, namun jika anda seorang muslim yang baik, berilmu, beradab bukan itu caranya.

Sambungan untuk artikel penuh, sila ke: http://hijabulcrewz.blogspot.com/ 

1 ulasan:

Unknown berkata...

(yawn) apa daa.. "... saya harap dapat menutup mulut para penyokong PAS/PR dan Blogger PR yang tidak habis-habis menyerang Tuan Guru Presiden dan PAS tanpa &*@%$!@% dan penuh *&$^@*&."..haha

Sama aje dia ni dgn media perdana.. kita buat roadshow ceramah/perhimpunan aman untuk menentang penipuan kiraan undi, penyelewengan, kelemahan SPR... alih alih depa kata kita ni sejibik puak Khawarij, nak buat demo jalanan, rusuhan, tak terima kekalahan PRU13, menentang kerajaan yang sah, bagai.. haha..spin la ikut suka dia, u spineless squid!