"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

(Sirul) Polis tidak mungkin bunuh orang melainkan diserang atau diminta pihak lain - Mahathir

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan anggota polis tidak mungkin membunuh orang awam melainkan diserang atau diminta pihak lain berbuat demikian.

Beliau berkata, jika benar anggota polis itu boleh membunuh sesiapa sahaja tanpa alasan yang munasabah, sudah tentu orang awam akan terancam.

"Kalau dia betul-betul pergi bunuh orang, gantung laa, tapi dia ni anggota polis...seorang anggota polis tidak membunuh orang, kecuali orang menyerang dia atau ada orang minta dia lakukan.

"Kalau tidak kita pun takut dengan anggota polis nanti dia tembak kita sekali," katanya dalam video yang dimuat naik di blog Din Turtle, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan bekas anggota pasukan elit polis, Sirul Azhar Umar bahawa pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu itu dilakukan kerana mengikut arahan.

Kesal dengan keengganan pihak polis membuka semula kertas siasat, ibu kepada Sirul, Piah Samad mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir di Yayasan Perdana, Putrajaya pada Rabu.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir mengakui pada pertemuan empat mata itu, Piah bagaimanapun enggan menceritakan tentang fakta dan rahsia yang disimpan selama ini berhubung pembunuhan itu.

"Mak dia datang, tapi dia tak boleh bercakap, bukan ada apa pun dia boleh cerita pada saya, saya tanya, dia tak nak cakap...kaku.

"Saya fikir dia takut, apa dia takut saya pun tak tahu laa, tak berani cakap dengan saya, bila saya tanya Datuk Mahfuz apa yang Piah cakap pada dia, Mahfuz cakap tiada ada apa-apa," ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir juga kesal apabila tindakannya itu dipersoalkan banyak pihak apabila mahu kes Sirul diselesaikan dengan cara baik.

"Saya tidak bercakap tentang perkara ini untuk sekian lama, tapi dua orang ini dihukum bunuh, kita kena bantu mereka, kena selamatkan mereka, Sirul pernah jadi pengawal peribadi saya dulu, tak bolehkah saya tolong dia?

"Tak usah nak menggantung orang, sekurang-kurangnya kalau dia tak nak cakap pun tentang siapa yang suruh dia, jangan gantung orang, jangan bunuh orang," jelasnya.

Bagaimanapun katanya nyawa Sirul boleh diselamatkan daripada tali gantung menerusi pengampunan diraja.

"Setiap orang yang dihukum mati, ada keistimewaan mendapatkan pengampunan daripada Agong atau Sultan.

"Tugas saya (ketika perdana menteri) untuk menasihatkan Agong atau Sultan sama ada patut teruskan hukuman itu atau tidak.

"Kena Botak Chin, saya kata gantung, tapi ramai juga orang yang saya lepas, bukan mudah untuk buat keputusan untuk bunuh seseorang," katanya lagi.
-sinarharian-

Tiada ulasan: