"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video: Maut tercampak dirempuh Myvi

Nahas-2
Putrajaya: Seorang pekerja hotel maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Presint 5 awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.33 pagi itu, mangsa Affendi Aziz, 36, maut di tempat kejadian setelah motosikalnya dirempuh kenderaan berkenaan di simpang empat lampu isyarat.

Akibat rempuhan kuat, mangsa tercampak beberapa meter menyebabkan kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Difahamkan pemandu kereta berkenaan sedang dalam perjalanan menghala ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


Bagaimanapun pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid mengesahkan kejadian tersebut.

“Lampu isyarat berhampiran simpang empat Pullmen berfungsi seperti biasa dan sehingga kini siasatan masih dijalankan,” katanya./klpost

1 ulasan:

Hj Mohamad 013 3377 242 berkata...

Myvi lagi!!!! Walaupun masih dalam siasatan, yang saya hendak sebutkan di sini ialah pemandu-pemandu kereta harus lebih, ya lebih, berhati-hati walau dalam keadaan bukan salah dia. Ini baru perikemanusiaan namanya.