"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat Wanita Di Cyberjaya: Mangsa Dibawa Sejauh 500 KM

Tranungkite
SUSULAN kes penemuan sekujur tubuh wanita di dalam belukar di Cyberjaya, Sepang Rabu lalu, pihak polis percaya bahawa mangsa telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di situ.

Memetik laporan Berita Harian, mangsa Rosshida Abdullah, 30, dipercayai telah dicekik sehingga mati di Penarik, Terengganu, sebelum suspek mengambil keputusan untuk membuang mayatnya di bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti.
mayat wanita
Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar, Rosshida telah dicekik selepas dia dan tunangnya bertengkar mengenai isu orang ketiga dalam hubungan mereka.

“Suspek dan mangsa sama-sama dalam perjalanan pulang ke Kelantan, dari Kuala Lumpur sebelum tiba di satu lokasi di Penarik. Mereka dipercayai bergaduh sebelum suspek menuduh mangsa keluar dengan lelaki lain.

“Berkemungkinan akibat tidak tahan dengan penjelasan mangsa, suspek mencekik mangsa sehingga mati dalam keretanya sebelum berpatah balik dari Penarik ke Kuala Lumpur dan mengambil keputusan membuang mayat Rosshida di Cyberjaya,” ujar Abdul Rahim dalam satu sidang media.

Sementara itu, Abdul Rahim turut berkata, wajah mangsa telah ditutup dengan selimut sepanjang perjalanan dari Terengganu ke Kuala Lumpur bagi mengelakkannya diketahui orang lain.
safe_image
Pada awalnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut berikutan sehelai nota bunuh diri ditemui di dalam tas tangan milik mangsa di tempat kejadian.

Namun, bukti selepas itu yang menunjukkan mangsa dibunuh menyebabkan ia dipinda kepada kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang berusia 26 tahun telah ditahan beberapa jam selepas penemuan mayat mangsa.

Antara bukti yang menjurus kepada penahanan suspek adalah mesej mencurigakan dalam telefon bimbit selain kandungan nota bunuh diri yang turut ditemui dalam komputer riba miliknya.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

......
SUMBER LAIN

Sungai Buloh : Hasil siasatan telah menjurus kepada penemuan baru yang menunjukkan wanita yang ditemui mati di Cyberjaya mungkin telah dibunuh di Terengganu.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mangsa Rosshida Abdullah, 30, telah dijerut sehingga mati di Penarik sebelum mayatnya ditinggalkan di Cyberjaya.

Tambah beliau lagi, mangsa yang bekerja sebagai pelayan itu dipercayai telah dibunuh oleh tunang beliau sendiri.

“Pihak polis percaya mereka berdua dalam perjalanan pulang ke Kelantan apabila timbul pertengkaran diantara mereka di Penarik, Setiu. Saspek mungkin mencemburui tindakan Rosshida yang keluar bersama lelaki lain,” jelas Abdul Rahim.

Rosshida, 30, ditemui mati di bawah jambatan di Cyberjaya lebih kurang jam 5 petang Rabu lalu. Siasatan awal mengatakan beliau membunuh diri setelah sekeping nota dijumpai bersama mangsa.

Nota yang dicetak itu dibuat bagi menunjukkan mangsa kononnya berada dalam kesempitan wang dan berasa malu untuk memberitahu tunangnya.

Walaubagaimanapun, Tim. Ketua Polis, Abdul Rahim berkata, nota berkenaan dipercayai telah ditulis sendiri oleh tunangnya bagi mengaburi mata pihak berkuasa supaya berpendapat tindakan Rosshida sebagai membunuh diri.

“Mangsa diselimuti, ia kelihatan seperti dia sedang tidur di jalan ke Cyberjaya,” ujarnya lagi.

Saspek seorang ahli perniagaan IT berumur 26 tahun telah ditahan pada malam Khamis lalu dikatakan mempunyai hubungan kepada kes bunuh tersebut.

Rosshida, yang bekerja di Shah Alam sepatutnya mengambil penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dari Kuala Lumpur pada Isnin untuk menziarahi ibu beliau Salemah Hamid, namun beliau gagal berbuat demikian.

Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Saspek direman sehingga 14 Mei untuk membantu siasatan.

Tiada ulasan: