FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan teruk dibelasah oleh sekumpulan empat lelaki selepas melarang pelawat membawa kanak-kanak memasuki wad di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan.
Aksi itu kemudian dirakam oleh orang ramai yang berada berhampiran dan dimuat naik di laman sesawang Youtube.
Dalam rakaman itu, mangsa telah ditampar, diheret dan ditendang oleh keempat-empat suspek.
Dalam kenyataannya, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ, Zaid Ahmad mengesahkan kejadian yang berlaku.
“Wad tersebut menempatkan pesakit separa kritikal. Wad tersebut amat sensitif kerana berkaitan dengan (penyakit) pernafasan.
“Pihak hospital berasa amat terkilan dengan kejadian ini kerana sepatutnya masyarakat perlu memahami tujuan kami melaksanakan undang-undang kawalan tersebut demi kebaikan semua,” katanya.
Menurut Zaid, pihak HRPZ II mengamalkan polisi fleksibel terhadap waktu melawat kecuali bagi wad-wad tertentu seperti unit rawatan rapi (ICU), unit rawatan koronari (CCU) dan wad pergantungan tinggi (HDW).
Dia berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya kepada ‘samseng-samseng’ yang tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan kekecohan di tempat awam
1 ulasan:
Jangan salahkan orang yang memukul. Orang yang memukul mungkin tidak tahu adab bermasyarakat atau pun memang keturunan kaki pukul macam yang selalu memukul orang awam!! Yang patut disalahkan ialah pihak pentadbiran hospital. Kita pergilah kemana-mana jabatan kerajaan, kita boleh lihat bahawa pentadbioran kerajaan tidaklah mesra dengan pihak swasta. Maksudnya orang pentadbir tidak melihat kontraktor sebagai sahabat dalam satu tujuan. Itu sebabnya bila orang awam marah kepada sekuriti, pihak jabatan tutup mata sahaja. Begitu juga dengan kontraktor kebersihan, penyelenggaraan atau pun pembaiakan. Pihak pentadbir ingat bila dah bagi kerja dan bayar bil tidak perlu ada hubungan baik dengan kontraktor. Sedangkan kontraktor dibayar dengan peruntukan yang diberi oleh kerajaan kepada jabatan berkenaan dan dalam kes ini ialah hospital. Dalam kata lain bahawa setiap dreba, pemungut sampah, pengawal dan sebagainya dibayar oleh kerajaan melalui sarikat kontraktor!! Dalam kes ini pengawal yang dipukul adalah sebahagian anggota hospital. Saya kemukakan ini bukan idea saya. Inilah yang disarankan oleh bekas Pengarah Hospital KUALA LUMPUR Datuk Dr Haji ***li lebih kurang 14 tahun yang lalu.
Catat Ulasan