"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Padah suntik ‘viagra’ pada kemaluan

Padah suntik 'viagra' pada kemaluan
Darah yang dikeluarkan daripada zakar seorang lelaki bagi mengatasi masalah ereksi yang berterusan selama lebih tiga jam.

London – Seorang lelaki yang menyuntik sejenis ubat perangsang seks ke dalam zakarnya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas alat sulitnya hampir ‘meletup’ kerana terlalu lama mengeras.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Lothario, 31, semasa menceritakan pengalaman mengerikan itu di dalam laman sosial Reddit berkata, dia berbuat demikian kerana pil bagi mengatasi masalah mati pucuk yang dihidapi tidak memberi kesan kepada dirinya.

Akhirnya, lelaki itu memilih untuk mengambil ubat yang didakwanya dikenali sebagai TriMix yang kononnya boleh memberi kesan serupa seperti Viagra untuk disuntik di bahagian tepi zakarnya.

Pada awalnya semua berjalan seperti yang diharapkan tetapi bila tiba masa untuk ‘berhenti’, dia mendapati ada masalah sehingga terpaksa mencurah air sejuk ke atas zakarnya selain melakukan senaman berat dan mengambil pil untuk mengawal ereksi tetapi semuanya gagal.

“Selepas tiga jam, zakar saya mula berasa sakit dan saya mula panik. Maklumat ubat itu ada menyatakan ereksi melebihi empat jam akan memerlukan rawatan cemas menyebabkan saya terpaksa bergegas ke hospital.

“Saya diberikan 2 dos penuh morfin sebelum berasa sedikit tenang. Selepas 40 minit datang jururawat bersama sekumpulan doktor termasuk seorang doktor wanita India yang comel.

“Mereka menganggap kejadian itu agak lucu tetapi dia berjaya menceriakan saya semula,” katanya.

Para doktor itu terpaksa memasukkan jarum dan satu saluran getah pada zakarnya dan bergilir-gilir ‘memerah keluar’ sejumlah darah yang terperangkap. Mereka memerah keluar darah seperti memerah lemon,” katanya sambil menyatakan dia tidak serik untuk mengulangi kaedah yang sama tetapi menggunakan dos yang sedikit.

Lothario sepanjang menceritakan pengalaman itu tidak mendedahkan tempat kejadian dan hospital dia menerima rawatan.
-kualalumpurpost-

Tiada ulasan: