"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remy Ishak dakwa dianiaya, rumah diserbu polis telefon bimbitnya dirampas

Kuala Lumpur: Pelakon Remy Ishak mendakwa dianiaya individu sama yang melakukan ugutan bunuh kepadanya baru-baru ini apabila rumahnya di Serdang diserbu pihak polis malam semalam.

Remy menerusi laman Twitternya berkongsi sekeping gambar dengan menulis kapsyen: “Polis serbu rumah walaupun saya tiada di sana. Lepas ugut bunuh, sekarang dia aniaya pula.”

Usaha bagi mendapatkan Remy gagal kerana pelakon itu tidak menjawab panggilan./kualalumpurpost

Polis rampas telefon bimbit Remy Ishak


Petaling Jaya: Telefon bimbit milik pelakon terkenal, Remy Ishak dirampas Polis Diraja Malaysia bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh yang diterimanya pada 29 Ogos lalu.


Kosmo! Ahad difahamkan Remy telah merakamkan ugutan bunuh itu yang didakwa dibuat oleh seorang wanita kerabat diraja berusia 40-an dari sebuah negeri di Pantai Timur.

Polis juga merampas telefon bimbit milik pengawal peribadi kerabat diraja itu bagi membantu siasatan berhubung kes yang sama.

Satu sumber berkata, pengawal peribadi itu ditahan pada hari kejadian sejurus pihaknya menerima laporan daripada pelakon berusia 34 tahun itu.

Bagaimanapun, pengawal peribadi itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihak polis merekodkan keterangannya berhubung kes tersebut.

“Setakat ini, siasatan berhubung ugutan bunuh yang diterima Remy masih dilakukan dan kita juga telah mengambil keterangan pelakon itu bagi membantu siasatan.

“Kita telah menyerahkan dua buah telefon bimbit itu kepada pihak forensik digital untuk dianalisis bagi memastikan ugutan bunuh yang diterima pelakon itu sahih atau sebaliknya,” katanya./Kosmo

Tiada ulasan: