"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hidung isteri dipotong kerana gagal bayar wang hantaran


New Delhi – Seorang wanita di India cacat seumur hidup selepas suaminya memotong hidungnya kerana keluarganya tidak mampu membayar wang hantaran.

Kamlesh Rathore, 25, dari Shahjahanpur, Uttar Pradesh, berkata, suami yang dikahwini sejak lapan tahun lalu, Sanjeev Rathore, 27, mendesak bayaran 50,000 rupee (RM3,085) itu sejak hari mereka berkahwin.

“Dia mendesak saya setiap hari untuk wang itu. Saya berulang kali memberitahunya ayah saya miskin dan tidak mungkin mampu membayar jumlah itu tetapi tidak diendahkannya.

“Disebabkan itu dia sering memukul saya dan mengancam memotong hidung saya. Saya dibelasah menggunakan tali pinggang, kasut serta kayu dan selalu diseksa.

“Dia yang kaki botol menuduh saya bekas pelacur dan mengugut menjual saya. Sepanjang lapan tahun perkahwinan kami memang saya selalu didera,” katanya.

Pada 14 September lalu, dia diherdik Sanjeev ketika sedang masak.

“Tiba-tiba ibu dan bapa mentua menerpa saya dari belakang manakala suami terus mengambil pisau dan memotong hidung saya.

“Malah dia sempat berkata ‘Beginilah rupa kamu sekarang sampai bila-bila’ sebelum mereka semua melarikan diri,” katanya./kualalumpurpost 

Tiada ulasan: