"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PH jangan silap, bimbang tergali kubur sendiri

 MOHD ALI HASHIM

PH dinasihatkan supaya jangan tersilap langkah dalam menangani isu demi isu yang sedang menyerang kepimpinan tersebut khususnya melibatkan Belanjawan 2021.

Malah naratif yang dibawa, Belanjawan ini sebagai penanda aras keabsahan mahu pun kesahihan Perdana Menteri.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria.

Jelasnya lagi, sidang parlimen pembentangan RUU perbekalan dan Belanjawan 2021 kali ini amat dinantikan oleh semua pihak, terutamanya pendokong PH.

“Sebab itulah apabila Ku Li menulis surat, sekolahkan Speaker, keutamaan undi tidak percaya kepada PM disisi perlembagaan dan tidak hadir kerana tidak iktiraf kesahihan PM, semua penyokong PH memuji dan menyokong beliau, mengecam Speaker dan Menteri Undang-Undang.

“Naratif dan janji yang dibawa itu sebenarnya konsisten dan selari dengan perjuangan kembalikan mandat rakyat.

” Secara langsung yang jelas ialah perkara ‘primary’nya adalah legitimasi PM dan kerajaan PN, manakala Belanjawan itu sendiri sudah menjadi’ secondary’,” ujar beliau.

Dr Zaidi yang juga Ketua AMANAH kawasan Permatang Pauh juga berkata, sebenarnya apabila tiba-tiba undian Belanjawan dengan 13 Ahli Parlimen bangun menyokong undi belah bahagi yang diadakan, ia memberi laluan mudah untuk lulus pada peringkat dasar dan ramai penyokong PH kecewa dan terkejut kerana ia tidak seperti yang dinaratifkan.

Walau bagaimana pun tegasnya, diperingkat jawatankuasa ini akan berlaku beberapa perubahan dan pindaan kepada Belanjawan tersebut bagi memenuhi syarat untuk diluluskan, maka kemudiannya ia akan disokong dan diluluskan. 

Tambah beliau, naratif yang perlu dibawa oleh PH diperingkat jawatankuasa ini adalah menggambarkan PH sebagai pembangkang yang bertanggungjawab, berintegriti, mengenepikan politik akan menyokong Belanjawan ini demi kelangsungan rakyat yang semakin susah tertekan ekoran pandemik Covid-19 serta mendokong Titah YDP Agong menyokong Belanjawan 2021.

Dia juga berkata, sekiranya PH membawa naratif kali keduanya akan menentang atau tidak menyokong Belanjawan ini diperingkat jawatankuasa mahu pun bacaan ketiga, PH umpama menggali kuburnya sendiri.

Tiada ulasan: