"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seperti ada ‘tangan ghaib’ mengakibatkan nilai hartanah Kampung Baru susut

HarapanDaily.com

SITI NUR ZAWANI

Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah Kampung Sungai Baru mendakwa wujud tangan ghaib yang menyebabkan nilai tanah di kawasan itu jatuh merudum dari RM850 kaki persegi pada 2019, kepada RM450 kaki persegi pada 2021.

Pengerusinya, Lele Suzana berkata, jawatankuasanya akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat proses penilaian yang menyebabkan nilai tanah susut secara mendadak dalam masa dua tahun selepas peralihan kerajaan Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional.

Katanya, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada 2018 telah mengesahkan tanah berstatus Zon Komersial Antarabangsa itu bernilai RM850 kaki persegi

Nilai itu kekal pada harga sama pada 2019. Namun pada 2021 pula6u6, Suzana berkata, nilai hartanah mereka jatuh kepada RM450 kaki persegi.

“Adakah terdapat unsur-unsur rasuah atau tangan-tangan ghaib yang telah mengakibatkan kerugian besar kepada pemilik-pemilik hartanah di sini?

“Kami menyeru kerajaan Perdana Menteri yang sangat komited dalam isu membanteras rasuah untuk mengambil serius dan tegas dalam isu ini.

“Pihak kami bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya sekiranya siasatan yang telus dapat dijalankan terhadap tatacara pengambilan tanah penduduk secara paksa melalui Akta Pengambilan Tanah yang diwartakan dalam tempoh darurat serta tidak melalui proses persetujuan Parlimen,” katanya dalam sidang media di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.
Sidang media bersama penduduk Kampung Sungai Baru yang turut disertai Khalid Samad
Suzana berkata, kerajaan diharap dapat mengkaji semula penilaian hartanah tersebut serta dapat mengarahkan agensi kerajaan yang terlibat seperti Perbadanan Kampung Baru (PKB), Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berbincang dan melihat tawaran yang bakal diberikan oleh syarikat-syarikat pemaju yang lain.

Katanya, selepas kerajaan mengumumkan penangguhan pengosongan rumah pada 5 Oktober lalu, pihaknya telah menantikan proses rundingan dengan pemaju seperti yang telah dijanjikan.

Namun sehingga ke hari ini katanya, masih tiada sebarang rundingan yang dijalankan dengan pemaju sama ada melalui Pejabat Perdana Menteri (PMO), JWP mahupun PKB seperti yang diharapkan.

“Diharapkan Pejabat Perdana Menteri menjadi koordinator kepada rundingan antara pemaju-pemaju ini dengan pemilik.

“Kami amat berharap Perdana Menteri yang juga memegang portfolio Wilayah Persekutuan akan terus cakna akan nasib kami dan dapat memberi keadilan kepada semua pihak dan dapat mengembalikan keadilan kepada kami sebagai pemilik dan waris di atas tanah yang bertuah ini,” katanya.

Tiada ulasan: