"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Angka kematian di Gaza meningkat kepada 9,061

Bernama-AA
SEORANG lelaki menangis sambil memegang jenazah ibunya di tengah-tengah bangunan yang musnah akibat serangan Israel di Kem Pelarian Bureij. FOTO AFP
SEORANG lelaki menangis sambil memegang jenazah ibunya di tengah-tengah bangunan yang musnah akibat serangan Israel di Kem Pelarian Bureij. FOTO AFP
Gaza City: Angka kematian penduduk Palestin akibat serangan berterusan tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 9,061, menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada Khamis.

"Mangsa termasuk 3,760 kanak-kanak, 2,326 wanita manakala 32,000 yang lain cedera," lapor Agensi Anadolu memetik sidang media oleh jurucakap kementerian itu, Ashraf al-Qudra di Gaza City.

Beliau berkata 2,060 penduduk masih terperangkap di bawah runtuhan di Gaza.

"Serangan Israel menyebabkan 135 pegawai perubatan maut dan 25 ambulans musnah," menurut al-Qudra.

"Sebanyak 16 hospital dan 32 pusat penjagaan utama tidak dapat beroperasi ekoran serangan Israel selain mengalami kekurangan bahan api," katanya.

Jurucakap itu memberi amaran mengenai "malapetaka kesihatan" di tengah-tengah kekurangan bahan api, yang memaksa generator utama di Hospital Indonesia di utara Gaza berhenti beroperasi, manakala generator utama di Hospital al-Shifa di Bandar Gaza hampir berhenti beroperasi, katanya.

Selain jumlah korban yang besar dan bilangan besar penduduk kehilangan tempat tinggal, bekalan asas untuk 2.3 juta penduduk di Gaza semakin berkurangan akibat pengepungan Israel.

Tiada ulasan: