"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lintasan sempadan Rafah akhirnya dibuka selepas 25 hari Israel mengganas

HarapanDaily.com

Lintasan Rafah ke Mesir akhirnya dibuka buat kali pertama selepas 25 hari Israel mengganas sekaligus membolehkan mangsa yang cedera dan terperangkap di Gaza meninggalkan wilayah perang itu.

Kira-kira 90 yang sakit dan cedera bersama kira-kira 545 warga asing dan dua warganegara mula beratur hari ini di terminal.

Selepas dibenarkan masuk ke kawasan terminal, barisan panjang terbentuk di sekitar kawasan itu bertujuan pemeriksaan pasport dan dokumen lain.

Konvoi bantuan yang sangat diperlukan sudah melepasi kawasan antara Mesir dan Gaza manakala ambulans menunggu di sebelah Mesir untuk membawa mereka yang cedera dan sakit.

Zon sekitar terminal itu turut terjejas semasa serangan udara Israel ke atas Gaza yang disifatkan sebagai penjara terbuka terbesar di dunia.

Lapor Al Jazeera, sebahagian daripada mereka yang dibawa keluar untuk rawatan di hospital Mesir adalah antara lebih 15,000 yang cedera dalam serangan udara Israel.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan pengganas Israel telah membunuh lebih 8,500 orang dengan majoritinya wanita dan kanak-kanak.

Tiada ulasan: