"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Luahan Anak jati Permatang PAUH

Salam Sahabat,

Apa yang saudara cakapkan tu memang betul dan tepat sekali. Itulah sebenarnya kemahuan ahli-ahli PAS Permatang Pauh.

Saya mengambil contoh mudah yang ada depan mata saya. Iaitu kedua-dua ibu bapa saya. Saya asal orang Kubang Semang dan kedua-dua ibu bapa saya masih tinggal di sana. Sebelum ini depa merupakan ahli parti karat umno dan merupakan penyokong kuat dsai. Malah bini dsai ni dengan mak saya sangat rapat (parti punya pasal ler ni).

Tetapi dalam sekitar 1999 selepas dsai kena tangkap depa keluaq umno dan masuk PAS dengan menjadi ahli seumur hidup. Saya ada tanya depa pasai pa depa tak masuk PKR (masa tu ADIL), pasai dsai ada dalam ADIL, tau apa depa jawab?. Kami mau Islam ditegakkan dan mereka berpendapat hanya PAS sahaja parti yang memperjuangkan islam kat Malaysia ni.

Baru-baru ni saya balik habaq kat depa, nanti nak ada pulak prk penanti pasai fairuz letak jawatan. Depa kata apa. Kali ni kalau letak calon PAS depa keluaq mengundi. Kalau letak calon PKR minta maaf depa tak akan keluaq mengundi. Depa kata perangai PKR = perangai UMNO cuma nama saja lain-lain.

Untuk pengetahuan saudara, sejak dari pilihanraya yang lepas. Rungutan mengatakan hanya ahli-ahli PAS saja yang bertungkus lumus buat kerja untuk menangkan calon PKR tapi hanya segelintir saja ahli PKR yang buat kerja. Yang kebanyakan ahli-ahli PKR hanya pandai mengarah dan malas belaka. Yang dok panjat tiang dok pasang bendera kebanyakannya ahli2x pas. Ahli PKR dok kat markas dok metekedarah. Depa dah kata next election kalau calon pkr jugak bertanding depa MUNGKIN tak akan buat kerja seperti sebelum ini. Depa nak tengok saja biaq PKR yang buat sendiri.

Wassalam

Tiada ulasan: