Walaupun PAS mengadakan mesyuarat Khas nampak masih ada yang mencari isu untuk mengagal usaha berbaik antara pimpinan utama PAS, menabur fitnah mengadakan prasangka.
Isu yang hangat dibahaskan sekarang ialah mengenai Pertemuan Blogger dengan Hasan Ali dan Ustaz Nasaruddin. Banyak versi yang diceritakan di internet yang cuba untuk mencapai maksud tertentu.
Saya masih menegaskan bahawa pertemuan ini adalah terbuka untuk semua blogger. Kalau tak percaya sila hubungi Zainol Abideen, yang juga dikenali sebagai Mahaguru98. Email dia mahaguru58@gmail.com atau telefon dia sendiri 016-3969881. Jangan jadi penyebar fitnah, besar dosanya. Jadilah pendamai sesungguhnya kemuliaan Allah bersama anda.
Benarlah kata-kata anak Tok Nik Abdul Aziz dalam blognya orang PAS suka menyebar fitnah. Yang ini si Tulang Besi masih tak faham, bangang tak tentu pasal.
Yang kedua, isu siapa betul antara Roslan SMS dengan AlBanjari. Sebelum memahami isu ini anda kena faham siapa sebenarnya yang hadir dalam pertemuan itu?
Roslan SMS menulis
Sebelumnya di alam maya macam-macamlah yang dilemparkan oleh para penulis dan pengkritik dan lain-lain. Ada kalangan rakan blogger yang hadir cuba memberi penjelasan, ada diantara yang tidak hadir terlebih sudu dari kuah memberi huraian seolah malaikat sudah tiada di kiri kanan mereka. (Baca di sini)
Manakala AlBanjari menulis
Malam kelmarin telah dilangsungkan satu majlis pertemuan tertutup di kediaman Dato' Dr. Hassan Ali di kediaman beliau di TTDI. Satu pertemuan sulung beliau bersama bloggers. albanjari Online [ABO] diwakili oleh Ustaz MRK albanjari, penolong editor blog ABO. Wak tak dapat untuk hadir. Ada program lain. (Baca seterusnya di sini)
Kalau engkau orang ada akal, tidak dibodoh-bodohkan oleh blogger jahat engkau tahu bahawa siapa yang hadir mewakili alBanjari. Dan rakaman itu di dengari sepenuhnya atau tidak.
Satu lagi fakta menarik di sini. Albanjari menulis
RALAT : Berdasarkan kepada posting asal di sini, terdapat kecuaian yang tidak disengajakan terhadap nama blogger yang hadir. Dimaklumkan bahwa saudara MSO dan Azizi Abdullah tidak hadir ke majlis yg dianjurkan. Perkara ini dimaklumkan terus melalui email daripada saudara MSO pada petang tadi. Maka dengan ini, saya dengan penuh tanggungjawab memohon maaf diatas kecuaian yang tidak disengajakan. (Sila baca disini)
Fakta penting kehadiran pun silap, macam mana kita nak mempercayai jalan cerita panjang lebar itu. Kalau hadis, bukan lagi daif tapi kira hadis palsu. Macam mana Ustaz Wan Ji, Apa ulasan enta?
Yang ini juga Aduka Taruna tak faham, memang dia ini bodoh sedikit nak berfikir tentang kebaikan dan mencari kebenaran. Dia suka menghentam aje. Rasanya kalau lantik dia jadi SU Agong PAS memang semuanya PAS buat pasti betul.
Kenal tahu siapa yang hadir, siapa yang menulis dan siapa yang menyimpan rakaman itu. barulah buat ulasan.
Ini celahan sahaja. Aku nak ulas sedikit petikan laman Cenangau.
Lagi satu aku nak ajak semua yang teringin sangat nak dengar rakaman tu termasuk aku sama yang belum berkesempatan dengar, untuk sama-sama bersabar. Nak buat apa lagi, sabar ja laa.. Kalau ada peluang boleh la kita dengar rakaman tu, kalau MRK tak mau bagi jugak, nak buat macamana. (baca di sini)
Masa diajak berjumpa tak nak datang, kemudian sibuk-sibuk nak dengar rakaman. Baik engkau jumpa seorang blogger umno yang hadir pasti dia juga buat rakaman. Dia tak akan kata amanah, di memang akan sebarkan. Aku tahu seorang aje tapi Ustaz Wan Ji Kata ramai dalam tulisan dia. Nanti ada yang menulis Siapa Bohong BatuApi atau Ustaz Wan Ji. Pasti aku dicerca pasal nama aku BatuAPi!
Ibnu Hashim seorang penulis sebelum ini aku suka tulisan dia, ada menulis
"TOK Guru Nik Aziz Nak Rakaman Dialog Bloger Dg Datuk Hasan Ali.. Sebelum jam 8 malam ni.." Kata seorang teman lama saya melalui telefon sekejap tadi... walaupun saya beritahu saya tak pergipun majlis itu malam tadi di rumah Datuk Hasan... dan tak dijemput pun. (Baca di sini)
Aku ingat isu EGM sahaja ada orang kata orang guna Tok Guru Nik Abdul Aziz. Rupa rakaman itu pun sampai pengetahuan Tok Guru. Memang hebat-hebat pasal nak merosakkan parti. Cegas dan sanggup berjaga malam. Semoga Allah membalas setimpal dengan niat engkau orang semua.
Berhenti di sini dulu, esok pasti lidah-lidah syaitan akan memenuhi minda anda dengan pelbagai lagu mengulas Mesyuarat Khas.
Semoga Allah menghindari kita daripada buruk sangka sesama mukmin sebagaimana doa yang kita baca hari-hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan