Kita mempersilakan mana-mana Adun atau MP Pakatan Rakyat yang tidak yakin dengan perjuangan ini mengambil pendirian ‘bijak’ seperti beberapa orang sebelum ini. Kita tidak mahu Pakatan dibebani dengan mereka yang inginkan perkara lain selain perjuangan menegakkan kebenaran dan menguburkan kebatilan.
Kita barangkali langsung tidak terasa hati dengan langkah terbaru ADUN Pelabuhan Klang saudara Badrul Hisham Abdullah yang mengisytiharkan diri keluar daripada PKR dan menjadi Adun Bebas ( tapi menyokong BN?).
Banyak pihak dalam PR terutamanya pimpinan dan penganalisis politik berpendapat hanya mereka yang tahan ujian dan teguh pendirian sahaja yang akan terus menerajui bahtera Pakatan Rakyat hingga ke puncak kejayaan.
Mungkin boleh di jadikan pengajaran kepada barisan pimpinan PR pada masa-masa yang akan datang agar setiap calon yang diketengahkan mestilah seorang yang benar-benar larut dengan perjuangan rakyat.
Jangan kerana seseorang itu lepasan tinggi university dalam dan luar negara maka dia boleh memimpin. Silap!. Kepimpinan yang baik tidak boleh diukur dengan sijil akademik semata-mata. Latar-belakang keagamaan , berprinsip ,adil , bijak dan berkomitmen tinggi barangkali boleh dijadikan penanda aras utama dalam kriteria untuk menjadi calon pimpinan.
Juga jangan pula dipilih mereka yang hanya pandai bercakap! Cakap berdegar-degar tapi gerakerja di Kawasan dan Cawangan hancur! Mereka hanya pandai mereka-reka alasan dalam banyak keadaan agar kelemahan mereka tidak kelihatan di mata ahli bawahan dan rakyat.
Bersyukur kepada Allah , Adun dan MP Pas masih diberi kekuatan untuk menempuhi ujian dan tekanan sebagai pimpinan terutamanya dalam demokrasi ala-Malayisa ini. Mungkin kekuatan ini lahir daripada proses tarbiyyah yang berpanjangan daripada pimpinan yang terdahulu serta kesedaran yang tinggi terhadap amanah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak.
Jika mengharapkan kesenangan dan kemewahan dunia. Pas dan Pakatan Rakyat bukanlah medan yang sesuai untuk mengadu nasib. Lebih baik menjadi seorang manusia yang bermaruah dengan tidak memperjudikan amanah yang diberi rakyat.
Kita mengharapkan secara professional dan gentleman agar semua Adun dan MP Pakatan Rakyat yang tinggal menetapkan pendirian.
Lebih baik perjuangan ini didokong oleh sedikit yang istiqamah daripada ramai yang tidak berprinsip! Siapa lagi mahu keluar??? Silakan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan