Zolkharnain Abidin
Sekarang di sana sini Umno mencanang dirinya sebagai ‘Juara Rakyat’. Parti yang sudah berusia 63 tahun dan sedang kelelahan itu cuba memikat kembali hati masyarakat dengan slogan baru.Suatu ketika dulu, pada zaman Tun M jadi PM, ada slogan ‘Tradisi Membela Rakyat’. Kesuda hannya, slogan hanya tinggal slogan kerana yang terbela bukan rakyat tetapi kroni. Slogan itu berpusing 360 darjah menjadi ‘ Tradisi Membela Kroni’.
Ketika rakyat terulit dengan slogan itu, harta negara dipunggah ke dalam poket mereka yang berkuasa. Akhirnya, ‘Tradisi Membela Rakyat’ menjadi ‘Tradisi Melingkup Rakyat’.
Kini Umno berslogan lagi. Sasaran slogan itu adalah rakyat juga. Umno cuba menyuntik ubat pelali ke dalam fikiran rakyat. Biar rakyat terpesona dengan slogan walau pun hidup mereka terus terhimpit. Biar rakyat lali dengan slogan biar pun sekian banyak hak mereka dinafi.
Umno cuba berlagak menjadi jaguh. Semasa muda dan sihat dulu, orang terpesona dengan lagak dan gayanya. Tapi, kini Umno sudah tua, lagak dan gayanya orang sudah kenal. Kalau orang ramai-ramai pandang kepadanya pun, bukan kerana terpesona tetapi kerana meluat dan nak ketawa.
Sebenarnya Umno sudah tidak berupaya menjadi jaguh lagi. Bolehkah Umno menjadi jaguh ketika lutut dan pinggangnya sudah tergeliat, wajahnya sudah kerepot, sedah monopos pun…
Umno boleh melalikan rakyat suatu masa dulu dengan slogan ‘Tradisi Membela Rakyat’ kerana mungkin pada waktu itu rakyat belum benar-benar mengenali Umno. Kini tidak begitu lagi. Rakyat sudah tahu hati budi Umno.
Rakyat kenal Najib dan Rosmah. Mereka juga kenal Hishamuddin dan Zahid. Mereka tahu juga Muhyiddin dan Rais.
Mereka sudah masak dengan dacing senget dan berkarat itu. Dacing itu boleh menipu mereka dulu-dulu, tetapi tidak kini.
Rakyat tak akan lupa kepada Altantuya dan Teoh Beng Hock. Rakyat tahu kisah PKFZ, jet hilang dan bumbung runtuh. Rakyat tahu cerita komisen kapal selam dan jet. Rakyat juga tahu kisah bekalan duit untuk Rosmah membeli-belah di luar negara. Rasuah pemimpin Umno, itu sama sekali tak akan dilupa oleh rakyat.
Justeru, kalau begitulah wajah Umno, parti itu nak jadi juara apa? Juara (belit) Rakyat, Juara (tipu) Rakyat atau Juara (sembelih) Rakyat?
Kalau benar Umno ingin menjadi ‘Juara Rakyat’, pulangkan hak rakyat Kelantan. Mengapa lidah pemimpin Umno bercabang macam biawak apabila bercakap mengenai royalti? Mengapa boleh bertukar menjadi wang ehsan dan akan disalurkan pula melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan?
Kalau Kelantan tidak berhak dengan wang itu, mengapa disalurkan juga? Mengapa boleh jadi wang ehsan untuk Kelantan sahaja?
Mengapa tidak menjadi wang ehsan juga kepada negeri yang semput-semput macam Perlis? Tubuhkan jabatan serupa di Perlis dan salurkan kepada negeri itu, atau salurkan terus kepada kerajaan negeri yang juga Umno.
Kalau Kelantan berhak mendapat wang ehsan petroleum kerana telaga minyak itu di luar pantai Kelantan, ia juga diluar pantai Perlis. Mengapa cuma Kelantan yang dapat?
Maknanya, lidah pemimpin Umno memang lidah biawak. Bercakap mengenai ‘Juara Rakyat’ tetapi merampas hak rakyat.
Tunggulah, ‘Juara Rakyat’ ini pun tak akan kemana. Kalau program itu tidak mampu memenuhkan poket dan tembolok pemimpin Umno, yang tinggal hanya slogan sahaja.
Enjin jet hilang, yang kena dakwa adalah sarjan tapi menteri terlepas. PKFZ, yang kena adalah OC Phang, pemimpin MCA yang jadi menteri selamat. Bumbung runtuh, yang salah adalah kontraktor, pemimpin Umno yang ‘mentekedaghah’ rasuah boleh makan angin.
‘Juara Rakyat’ konon… peeeraaaahhhh…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan