zaminc
Saya begitu tertarik dengan DS Hishammudin dan PDRM yg mereka sudah pun mengenal pasti suspek yg terlibat dlm kejadian pengeboman dan pembakaran gereja.Malah wajah suspek pun sudah dikenali.
Bila saya membuat kenyataan mempersoalkan apa yg dinyatakan oleh mereka, yg sangat meragukan saya dgn penghujahan mudah, kalau dah kenal pasti apa yang susah sangat nak buat tangkapan. Mereka membalasnya dengan menyatakan mereka perlu mendapat maklumat yang tepat dan terperinci sebelum membuat sabarang tangkapan.ini kata mereka untuk mengelak ada pihak yang mempersoalkan tindakan penangkapan.
Tiba-tiba hari ini (13 Januari) dilaporkan seorang telah ditahan polis selepas dia mengaku dalam facebooknya melakukan pembakaran gereja. Dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas menyatakan dia sengaja membuat pengakuan main2. Macam mana pula polis boleh bertindak dan menangkap budak ini tanpa penelitian yang rapi terlebih dahulu,sedangkan suspek yang sudah dikenanal pasti polis belum ditangkap. Mana ada orang yang bakar lepas itu dia bagi tahu pada polis saya bakar. Tak masuk akal langsung. Setahu saya mana ada orang nak mengaku kata dia yang bakar. Bawa pertuduhan kemahkamah pun tak ada yang mengaku. Tiba2 polis boleh menangkap seseorang yg mengaku dalam facebook kata dia yg buat, kemudian polis bebas bila budak tersebut menyatakan dia saja main-main.
Ini menunjukkan polis terlalu lemah boleh pula percaya buta bila budak ini buat pengakuan dia yang bakar. Kalau ikut alasan polis yang saya katakan diatas patutnya pergi la jumpa budak tersebut dirumah dia tanya dulu baru buat keputusan nak tangkap atau tidak.Ini terus tangkap bawa ke balai polis. Ini yang orang ramai persoalkan kebijaksanaan polis kejap kena siasat dan teliti dulu, kejap terus tangkap. Yang jelas polis boleh dipermain dan di tipu oleh seseorang. Kalau budak kolej swasta boleh menipu dan mempermainkan polis,sudah tentu umno lebih dahsyat lagi menipu dan memperalatkan polis untuk kepentingan politik umno yg tersepit. Jangan2 kes pembakaran gereja akan jadi macam kes enjin jet hilang. Setahun empat bulan polis ambil masa untuk siasat baru dapat tangkap dan dakwa. Itu pun sarjan dgn prebet cabok saja. Yang atas terlepas, yang lagi atas hilang terbang bersama enjin jet.
Inilah nasib raayat malaysia bila keadilan ketenteraman dan keamanan diperdagangkan olih pedagang2 politik UMNO.nampaknya dah sampai giliran raayat pula untuk jual pedagang politik umno macam yang diajar olih seniman agong P.Ramle (Abd Wahub) yg jual bapak mertua dia sendiri sebelum dia dijual olik bapak mertuanya.kalau lambat bertindak rakyat akan dijual dan akan ada orang yg dapat komisen 20 persen.
Dato'Hj.Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan