Sofi Wahab
Kalau sebelum ini 'wok yek' kerajaan BN, mengujudkan banyak kerusi campuran dalam persempadanan baru kawasan pilihanraya kali ini mereka akan bertindak sebaliknya.
Kemungkinan besar mereka akan menambahkan lebih banyak kerusi melayu. Ini kerana Umno/BN dan sedar bahawa hanya orang Melayu yang menyelamatkan mereka pada pilihanraya umum ke 12 lalu sedangkan kerusi campuran dan kerusi majoriti bukan melayu di menangi PR.
Jadi kali ini mereka sudah tentu memperkudakan kuda tunggangan mereka SPR untuk memecahkan kerusi campuran untuk diujudkan kerusi majoriti melayu dengan lebih banyak.
Sebagai contoh jika ada 3 kerusi campuran maka mereka akan memecahkan kepada 2 kerusi 'pure' Melayu dan 1 kerusi 'pure' Bukan Melayu.
Jadi mereka menang 2 kerusi dan PR menang 1 kerusi sahaja. Itu lebih baik dari mereka hilang semua kerusi jika ia dikekalkan sebagai kerusi campuran.
Saya meramalkan kali ini lebih banyak kerusi parlimen akan diwujudkan di Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan Terengganu tetapi tidak di Kedah dan Kelantan.
Selain itu kerusi-kerusi campuran juga seboleh-bolehnya dihapuskan digantikan dengan kerusi 'pure' Melayu dan 'pure' bukan Melayu.
Sebagai contoh kerusi Parlimen Bukit Katil di mana pengundi Melayu 52.73 % dan Bukan Melayu 47.27 %, kerusi ini akan dipecahkan menjadi kepada Parlimen Bukit Katil dan Hang Tuah Jaya di mana jumlah pengundi Melayu di kedua-dua kerusi ini akan ditingkatkan.
Caranya dengan memasukkan DUN Ayer Keroh (yang pengundi Bukan Melayunya 64.87 % ) kepada Parlimen baru Hang Tuah Jaya. Jadi bilangan pengundi bukan Melayu di Parlimen Bukit Katil menjadi sedikit.
Pada pilihanraya umum lalu BN hanya menang di parlimen Bukit Katil dengan undi lebih kurang 1,000 undi sahaja di mana 2 DUN di dalamnya dimenangi oleh PR iaitu DUN Banchang dan Ayer Keroh.
Kalau semasa persempadanan sebelum ini SPR berusaha untuk mengujudkan banyak kerusi campuran kali ini mereka berasa tidak selamat kerana pengundi bukan Melayu ternyata cerdik dan celik politik sepertimana pada pilihanraya umum ke 12 dahulu dimana majoriti kerusi campuran dan kerusi Bukan Melayu dimenangi oleh PR contohnya kerusi parlimen Kota Raja, Shah Alam, Kuantan dan lain-lain. BN hanya selamat di kerusi 'pure' melayu di pedalaman.
Semua tindakan di atas akan dilakukan oleh 'wok yek' Umno/BN iaitu SPR yang sudah sekian lama dilabelkan sebagai parti komponen BN yang terbaru bersama-sama dengan agensi-agensi lain yang sememangnya bias dan berpihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan