"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Alahai Artis: Sengkek Sangatkah Anda?

laniisma
Kita dihebohkan seorang artis 'Untukmu Ibu' didenda kerana mengaku mencuri telefon bimbit dan seutas jam tangan. Lebih memalukan ia berlaku di negara jiran Singapura. Baru-baru ini juga diberitakan juga artis kita 'Detektif Lim' dipenjara dan didenda kerana bersalah mencuri dua buah buku.

Apakah ini yang ingin ditunjukkan oleh artis di mata masyarakat walaupun hanya segelintir yang melakukannya. Artis selalu menjadi tumpuan pandangan masyarakat dan apabila ada artis yang berperangai sedemikian ia menjadi sesuatu yang amat memalukan serta mendukacitakan dan kita akan berkata begitu 'sengkek' rupanya artis kita.

Berita artis sememangnya sentiasa dicari oleh akhbar-akhbar. Tengoklah cerita si pencuri telefon bimbit diletakkan di muka depan. Ini kerana berita buruk artis sememangnya laku. Itu belum lagi dikira dengan berita-berita dan gosip-gosip yang memualkan kita semua. Jangan pula ada artis yang mengomel kalau artis ditulis besar-besar, kalau orang awam, ek-ele kecilnya. Dah memang artis, katakan.

Oleh itu mereka yang menjadi artis jangan pula melakukan perkara-perkara yang boleh memalukan diri sendiri. Barang yang anda ambil tidak padan dengan jumlah besarnya 'kemaluan' yang anda dapat. Jikalau sangat-sangat terasa tangan itu panjang, carilah perkara yang lebih lumayan dan lebih bernilai, mungkin boleh menjadi bahan untuk difilemkan. Telefon bimbit, jam dan buku, budak tadika pun boleh kerjakan.

Anda semua perlu tahu malu sedikit walaupun tidak banyak.

Tiada ulasan: