"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penerapan nilai kasta dlm pentadbiran awam ?

Afrar Yunus

Sidek Hassan akan meninggalkan perkhidmatan awamnya dalam keadaan diselimuti gembira, malu dan ditohmah.Senario berubah menuju masyarakat bertamadun tetapi PM dan KSN seperti ketinggalan ciri-ciri kemanusiaan normal.

Ketua Setiausaha Negara yang dikatakan orang kampung Najib Bangsawan tentu gembira dengan keputusannya mewujudkan kasta dalam perkhidmatan awam.Ada kasta yang boleh berkecimpung dalam politik dan ada yang diharamkan.

Kasta guru dari kumpulan 41 hingga 48 dibolehkan. Guru berlainan kasta dari itu, tidak dibolehkan aktif politik.

Kakitangan lain yang kastanya tidak semulia guru 41-48, perlu menjauhkan diri dari politik Berahmin atau Bangsawan seperti khayalan Najib Bangsawan yang berasal dari 'istana'.

Di India, bukan bangsa 'pariah'nya berada pada kasta yang paling rendah. Kaum Harijan menduduki empat tangga ke bawah dari keturunan pariah.

Namun hampir 700,000 masyarakat Harijan hari ini sangat gembira dan hilang kekastaan mereka apabila beramai-ramai memeluk Islam.

Di Malaysia, Najib Bangsawan sedang mencuba idea baru ini - pecah dan memerintah pentadbiran awam mengikut kasta.

Pecah macamanapun, Harijan dalam perkhidmatan awam di Malaysia hanya boleh gembira dan hilang kekastaan mereka apabila pakat-pakat mengundi dan berhijrah di dalam pilihanraya ketigabelas nanti.

Sistem kasta Najib dan Sidek hanya cantik dan sesuai diamalkan dalam istana mereka dan di dalam parti politik Barisan Nasional sahaja.

Atau jika ada kehidupan tidak bertamadun, Najib dan Sidek lsepatutnya menjadi penghulu untuk meneruskan sistem mulia mereka di sana dan bukannya di dalam perkhidmatan awam.

Bukankah lebih molek, kesemua kakitangan awam dibenarkan berpolitik. Termasuk siswa-siswi di menara gading !

Ada yang mahu mencabar di mahkamah, jika keputusan ini terus kekal dan menjadi sebahagian dari perintah am.

http://alkerohi.blogspot.com/

Tiada ulasan: