"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liwat II: Anwar raikan ulangtahun 63 di mahkamah

Perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan jawapan daripada peguam utamanya, Karpal Singh kepada Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berhubung permohonan pihak pembelaan untuk membatalkan kes berkenaan.

Sem
alam, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak dua permohonan lisan daripada Karpal.

Pertama adalah permohonan Karpal untuk memanggil timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif dan pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi.

Katanya, bukti yang ada adalah berdasarkan afidavit disumpah.

Permohonan kedua yang ditolak adalah permohonan Karpal untuk menyoalsiasat timbalan pendakwa raya Hanafiah Zakaria.

Ini berikutan dakwaan bahawa Hanafiah telah berkahwin dua di luar negara.

Ke
tua pasukan pendakwaan, Mohd Yusof bertanya apakah relevan dakwaan tersebut dalam perbicaraan kes liwat itu untuk memanggil timbalan pendakwa raya itu.

Mohd Hanafiah sebelum ini membuat afidavit yang mengesahkan bahawa dokumen pendakwaan tidak pernah dibocorkan kepada rakannya, Farah Azlina.

Selepas selesai penghujahan Karpal pada pagi ini, Mohamad Zabidin memaklumkan bahawa beliau akan membuat penghakimannya pada Isnin depan.

Tiada ulasan: