"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Poster Sultan Johor : Perang Terbuka Najib vs Muhyidin Sudah Bermula !!!

i
PKR sudah tentu 100% tidak terlibat. Kalau buat jugak , kata orang tolak rezeki lah. Johor yang begitu berpotensi untuk ditawan, kalau pun tidak dalam PRU 13, 5 tahun lagi sudah hampir pasti. UMNO pusat sendiri pun tidak akan membuat tindakan bodoh sebegini. Ini kerana dalam keadaan semua strategi yang dibuat selama ini, semuanya gagal, tak kan tindakan yang begitu sensitive begini akan dilakukan. Tempah maut jawabnya.

UMNO negeri pun juga tidak akan mengambil tindakan yang boleh menjahanamkan diri sendiri. Ini kerana dalam keadaan seluruh pimpinan negeri sedang bertungkus lumus menahan asakan dan menghalang kemaraan PR ke Pusat Pentadbiran Nusajaya, tak kan tindakan semacam dilakukan oleh orang tidak berakal ini, boleh dilakukan.

Jadi siapa yang sebenarnya benar–benar terlibat dalam hal ini? Yang pasti UMNO secara dasar tidak akan membenarkan tindakan sebegini. Ianya terlalu sensitive.

Teori yang menyatakan memang wujud perang antara Najib dan Muhyidin adalah pencetus idea kepada tindakan mempergunakan gambar Sultan Johor ini.

Jadi siapa yang lakukan nya? Kem Najib atau Muhyidin?

Muhyidin sudah tentu tidak akan melakukannya, kerana beliau sudah tentu tidak akan mengambil risiko melepaskan jawatan PM yang ‘menanti’nya kini.

Mungkin Najib? Ya ini lah yang mungkin menjadi pilihan rakyat 1Malaysia. Bukan saja parti–parti pembangkang yang juga merupakan musuh hakiki UMNO, tetapi juga dikalangan ahli–ahli UMNO samada dari Kem Najib mahupun Kem Muhyidin beranggapan begitu. Usaha kencang dan keras Mahathir dan Muhyidin untuk menurunkan Najib dari singahsana sudah lama dihidunya. Walaupun Najib boleh dikatakan masih muda berbanding dengan Muhyidin apatah lagi Mahathir, tetapi tak ramai yang boleh membaca politiknya. Selama ini, iaitu semenjak 1 tahun lepas, tindakan–tindakan Najib dikatakan atas arahan Mahathir. Tetapi , siapa tahu selepas 1 tahun beliau ingin meng’implement’kan pendekatannya pulak?

Siapalah yang akan jadi ‘kambing hitam’ nanti, bagi menutup perlakuan yang boleh dikatakan biadap dengan mengheret raja ke kancah politik? Tak kan nak heret Muhyidin ke Mahmakah dengan tangan bergari. Rasanya tidaklah sampai ke tahap itu.

Tak tau lah nasib siapa yang akan diheret oleh pihak polis yang dikatakan sudah menerima 39 individu dan ahli politik.

-tko-

Tiada ulasan: