"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr M suruh tukar kerajaan!

penarikbeca

Dalam berita bertajuk "You’ve got the power, Dr M tells parents, educators", Malaysian Insider hari ini memetik Tun Dr Mahathir Mohamad berkata:"You can change the government if you want to, or if you don’t want to change the government, you can change the person".

Saya tidak fikir Dr Mahathir mahu rakyat Malaysia menukar kerajaan. Hidup matinya Umno. Mana boleh selain Umno.

Tetapi, tentulah tidak manis kalau Dr Mahathir kata, tukaq ja (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tu, ganti dengan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin). Tak manis sungguh kalau dia kata gitu.

Maklumlah, Najib tu anak Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang banyak berjasa kepada Dr Mahathir. Allahyarham Tunku Abdul Rahman bukan setakat lempaq buang Dr Mahathir, malah hingga ke peringkat Dr Mahathir takut ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh Tunku. Dr Mahathir tentu ingat Tunku Tan Sri Abdullah Tuanku Abdul Rahman bila cerita fasal tu.

Walaupun Tunku lempaq dia, Abdul Razak kutip balik Dr Mahathir ke dalam Umno sehingga dia jadi Perdana Menteri yang setakat ini paling lama memerintah.

Sebab itulah, kata sesetengah orang Umno, Dr Mahathir malu-malu nak belasah Najib. Dan mungkin sebab itu jugalah lebih manis dan lunak kalau dia kata "You can change the government if you want to, or if you don’t want to change the government, you can change the person". Hodoh sangat la kalau dia kata "tukaq ja la Najib tu dengan Muhyiddin".

Apa-apa pun bagi saya, saya nak tukar kerajaan. Bukan setakat tukar orang. Saya dah tak tahan dah Umno Barisan Nasional (BN) pijak-pijak kepala kita, rakyat. Saya pun gang-gang ABU jugak (ABU tu asal bukan Umno atau aku benci Umno).

Orang Melayu risau?

Kalau Umno menang semua pun dalam pilihan raya umum 2008 lalu, memang Umno ada
103 Ahli Parlimen Melayu. Tapi kalau katakan Pakatan rakyat (PR) menang semua pulak, ada 116 Ahli Parlimen Melayu. Lebih kurang ja la.

Melainkan kalau depa bohong,
dasar PR pula ialah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

Kalau depa bohong lagu mana? Ah, macam Dr Mahathir kata la: "You can change the government if you want to".

http://penarikbeca.blogspot.com

Tiada ulasan: