"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Amaran keras untuk Liu, Teng dilepaskan

Kedua-dua ADUN DAP - Ronnie Liu dan Teng Chang Kim yang dihadapkan ke jawatankuasa disiplin DAP hari ini tidak dikenakan sebarang tindakan yang memeranjatkan.
Bagi ke
dap disciplinary hearing on ronnie liu and teng chang kim 120810  member of committees Teng, jawatankuasa berkenaan menerima penjelasan ADUN Sungai Pinang itu yang mendakwa tweetnya tidak berkaitan dengan keputusan pemecatan ahli majlis perbandaran Klang, Tee Boon Hock kerana didapati bersalah menggunakan beberapa kepala surat rasmi kepunyaan ahli exco, Ronnie Liu untuk dijadikan surat sokongan.

Penjelasannya bahawa tweetnya yang berbunyi "OMG! Real culprit is freed" sebenarnya merujuk kepada filem Cina '14 Blades' (Jinjiwei) yang ditontonnya ketika dalam perjalanan ke Johor.

Sp
dap disciplinary hearing on ronnie liu and teng chang kim 120810  member of committee 03eaker dewan undangan negeri Selangor itu menghantar tweet kontroversial itu ketika jawatankuasa disiplin DAP mengumumkan Tee kerana menggunakan surat sokongan bagi mendapatkan projek yang dikaitkan dengan anaknya.

Jawatankuasa disiplin DAP yang bersidang itu, bagaimanapun mengingatkan Teng supaya lebih berhati-hati dengan tweetnya pada masa depan.

Manakala ADUN Pandamaran, Liu pula diberi amaran keras.

Me
dap disciplinary hearing on ronnie liu and teng chang kim 120810 ronnie liunurut jawatankuasa itu, meskipun mereka tidak menjumpai sebarang bukti bagi mengaitkan surat sokongan yang dikeluarkan oleh Tee mempunyai kaitan dengan Liu, tetapi exco kerajaan negeri Selangor itu diingatkan beliau bertanggungjawab terhadap tindakan kakitangannya, termasuk oleh pembantunya itu.

Liu juga diminta memastikan pejabatnya dalam keadaan teratur serta mengamalkan ketelusan dan urus tadbir yang baik bagi menjamin imej parti tidak tercalar.

Siasatan mengenai isu surat sokongan bermula petang tadi dengan memanggil dua pemimpin kanannya - Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim dan exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu.

NONEAnggota jawatankuasa disiplin dan mereka yang terlibat mula tiba di ibupejabat parti itu di Petaling Jaya pada jam 2.43 petang, dengan ketibaan pengerusinya, Tan Kok Wai (kanan), dan diikuti ahli jawatankuasa tersebut - M Kulasegaran, P Ramasamy dan Teng sendiri.

Menurut Tan, tidak ada sidang akhbar dijangka diadakan hari ini walaupun sebuah kemah disediakan, lengkap dengan kipas angin, untuk kemudahan wartawan yang hadir.

Tan berkata jawatankuasa tersebut telah memanggil 15 kontraktor di Selangor sebagai saksi untuk memberi penjelasan mengenai surat sokongan untuk pelbagai projek, yang didakwa dikeluarkan atas nama Liu.

Teng (kiri), yang tiba sejurus selepas Tan, berkata beliau tidak ada saksi tetapi akan menyerahkan kenyataan empat orang saksi untuk membuktikan beliau 'berada di tempat tertentu dan membuat perkara-perkara tertentu '.

NONEDitanya mengenai keyakinan beliau, secara sinis Teng menjawab: "Saya tidak boleh mengatakan sama ada saya yakin, kerana itu seperti tidak menghormati jawatankuasa (disiplin)".

"Saya akan menyerahkan kepada mereka kenyataan saksi-saksi tersebut, jika mereka tidak percaya cerita saya, mereka boleh memanggil saksi-saksi berkenaan."

-malaysiakini-

Tiada ulasan: