Beliau pada awalnya membatalkan rancangan membakar Al-Quran selepas dijanjikan masjid yang akan dibina di tapak World Trade Center dipindahkan ke lokasi baru, namun menukar fikiran disaat selepas diberitahu masjid itu tidak akan berpindah.
Selepas diberitahu oleh pihak pengurusan projek bahawa tiada perjanjian untuk berpindah, Pastor Terry menarik balik janjinya itu dan berkata unggun api kitab suci umat Islam itu ditangguhkan.
Sikap dolak-dalik Terry Jones ini mencadangkan kontroversi ini belum tamat, meskipun setelah mengundang kecaman keras dari Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Vatican City bahkan juga artis terkenal, Angelina Jolie.
Paderi gereja kecil ini kini berusaha untuk menyelamatkan air mukanya di hadapan lensa media.
Tunjuk perasaan Terry yang diumumkan Julai lepas mula meraih perhatian media terutamanya di luar negara Ogos lalu. Ia menjadi mengamit ruangan berita utama di Amerika Syarikat selepas General David H Petraeus yang mengetuai Tentera Berikat di Afghanistan memberi amaran pembakaran Al-Quran akan membahayakan nyawa askar-askar mereka.
Episod ini menguja muhasabah di kalangan organisasi media.
Agensi berita AP mengambil keputusan untuk tidak mengedarkan gambar Al-Quran dibakar, mengulangi polisi syarikat untuk tidak membuat liputan keatas acara yang dianjurkan khusus untuk mencetus provokasi.
CNN, Fox News Channel dan The New York Times juga membuat pendirian yang sama, dengan berkata kebebasan media termasuklah juga kebebasan untuk tidak menyiarkan berita.
Dianggarkan kira-kira 60 penganut agama Islam dipercayai maut dalam tragedi 11 September. Kematian mereka bagaimanapun tidak mendapat liputan meluas, dan tiada angka tepat diperoleh setakat ini.
Namun kisah mereka, apabila disiarkan, menjadi faktor penting dalam pertelingkahan umum mengenai Islam dan keganasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan