"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mat Said: Mana Zam-Zam al-la kazam!

Ustaz Saiful Bahri

Tahun lepas Kerajaan Mat Said telah membelanjakan RM8.3 juta untuk membeli 300,000 bungkus kurma dan air zam-zam untuk diagih kepada umat Islam di Terengganu pada Ramadan lepas. Macam biasalah JKKK bahagikan dikalangan ahli UMNO sahaja. Ada yang sangkut kat pagar dan ada yang bertimbun rumah JKKK tanpa dibahagikan.

Dengar khabar syarikat cina kroni yang dapat projek membekalkannya. Itupun heboh apabila kajian sebuah NGO MAMPAT di Terengganu bahawa air zamzam itu tidak asli dan kemungkinan dicampur.

Agih kurma dari rumah ke rumah

Oleh : SURIATI BINTI ALI

Ahad, Ogos 29. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini diarah supaya mengagihkan kurma dan air zam zam ke setiap rumah di kawasan kampung masing-masing bagi memastikan semua penduduk beragama Islam menerima bekalan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata langkah itu bertujuan memastikan semua penduduk beragama Islam berpeluang menikmati buah kurma dan air zam-zam yang diberi secara percuma oleh kerajaan negeri pada bulan Ramadan.

Beliau berkata, tahun lalu terdapat segelintir penduduk tidak menerima kemudahan tersebut kerana cara pengagihannya kurang cekap. Menurut beliau, di sesetengah kawasan JKKK hanya meletakkan buah kurma dan air zam-zam tersebut di masjid, bukannya mengagihkan dari rumah ke rumah seperti yang diarah oleh pihak berkuasa. Justeru itu, katanya, ada penduduk yang mendapat bekalan lebih daripada sepatutnya manakala sesetengah penduduk tidak menerima langsung bekalan yang disediakan kerajaan.

Tahun lalu 300,0000 bungkus buah kurma dan air zam zam diagih di seluruh negeri sejak mula umat islam berpuasa.

Ahmad berkata, tahun ini bekalan kurma diperolehi dari Tunisia dan dihantar ke Terengganu secara berperingkat-peringkat sejak minggu lalu.Beliau berkata, tahun ini sebanyak 250 ribu bungkusan air zam zam dan buah kurma akan diagih kepada rakyat, tetapi kosnya belum dapat dipastikan. Beliau berkata, pihaknya juga meminta Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) memmberikan maklumat terperinci mengenai penduduk di kawasan berkenaan, bagi memastikan tidak ada penduduk yang tercicir
.

Macam biasalah apabila JKKK tukang agih natijahnya sudah diketahui. Kalau adil taklah pulak dipanggil JKKK. Dah le siap tulis nama, no hp untuk sekotak kurma. Ramai yang tidak dapat. Yelah.. 300ribu kotak tahun lepas tak dapat. Tahun ini 250ribu kotak.. takkanlah semakin ramai dapat.

Kerajaan takde duit. Tahun ini sekali lagi projek itu diadakan. Kalau difikirkan berbaloi ke kerajaan menghabiskan berjuta ringgit duit rakyat untuk bahagikan kurma ni?. Lembang sangatkah fikiran canggih MB ni. Ke sapa yang dok nasihatkan beliau!. Sepatutnya kerajaan fikirkan apa yang mengurangkan bebanan rakyat secara jangka-panjang dalam suasan ekonomi dan kehidupan yang semakin sukar ini. Harga barangan semakin naik, peluang kerja semakin mengecil, kos kehidupan melambung bahkan Majlis pembandaran dan majlis daerah menaikkan dan menggandakan lagi cukai pintu yang pernah dihapuskan oleh kerajaan Pas dahulu.

Sepatutnya apa yang dibuat oleh kerajaan PR Selangor menjadi contoh. Beri air percuma kepada rakyat sebanyak 20 meter padu. Semua orang merasa dan benar-benar meringankan bebanan orang miskin. Penulis diperlu apabila ke Selangor. Mereka menunjukkan bil yang tak perlu dibayar. Sedangkan Selangor tiada air. Ambil air dari Pahang sedangkan kepala meter pun kena bayar. Di Terengganu ada tasik kenyir, kenapa air kena bayar? Apa nak jawab.. Kerajaan BN bodoh! Undi le lagi. Penulis diam je lahh.

Takde kurma tak kebulur pun rakyat. Orang melayu ni pecah liur dengan kurma bulan Ramadhan aje. Masuk raya nanti tak peduli ke kurma dah. Abis lelap macam tu je berjuta-juta duit rakyat sedang manfaat tak kemana! Macam P.Ramlee kata : Zam-zam al-la kazamm… jadi tikar terbang.

Dahlah kotak kurma asal tu warna hijau. Orang arab mana berahi dengan warna biru ni. Dibungkus pulak dengan kertas warna biru. Boleh lah ambik kotak kurma tu. Siap ada gambar Mat Said. Bubuh dalam frame dalam bilik buat azimat kot, biar bermimpi-mimpi semoga menang lagi dalam pru-13.

Tiada ulasan: