azzalina osman
Akibat daripada politik UMNO yang bersifat perkauman dan mengugut bangsa lain seolah-olah UMNO sahaja yang betul maka terjadi perkara yang tak diiingin. Walaupun lebih daripada 50 tahun Malaysia dah Merdeka tapi UMNO masih belum mampu mendidik bangsa Malaysia.
Facebook Li Lian disiasat
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat akaun laman sosial Facebook atas nama Katy Lim Li Lian yang didakwa memaparkan komen-komen menimbulkan kemarahan umat Islam.
Jurucakap SKMM menjelaskan, siasatan ke atas akaun Facebook tersebut dibuat selepas mendapat aduan daripada orang ramai.
"Oleh kerana kes ini masih dalam siasatan maka setakat ini SKMM tidak dapat memastikan sama ada Katy Lim itu adalah pemilik sebenar akaun Facebook berkenaan,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan polis oleh Gerakan Pemuda Prihatin Putrajaya (Gempur) semalam berhubung akaun laman sosial Facebook didaftarkan atas nama Katy Lim Li Lian yang didakwa menghina Islam dan Allah dengan menggunakan kata-kata kesat.
"SKMM akan memastikan siasatan berhubung perkara ini dapat disiapkan secepat mungkin,'' katanya.
Beliau berkata, siasatan tersebut perlu disegerakan kerana ia mendapat perhatian masyarakat yang mahu mengetahui perkembangan selanjutnya berhubung kes berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan