"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bagaimana membuka semula fail dalam pendrive anda yang hilang?

CikguMaya
Saya selalu didatangi oleh cikgu yang mengatakan failnya (terutama fail microsoft word) hilang dan ada sesetengah PC failnya nampak tetapi kelabu dan kebanyakkan PC tidak nampak seolah-olah kosong sahaja pen drivenya.

Biasanya Cikgu Zam akan menyelesaikan masalah ini dan boleh dikata hampir setiap hari masalah yang sama kami terpaksa selesaikan.

Oleh itu terfikir saya untuk menulis di sini supaya cikgu atau mana-mana pembaca laman ini yang mengalami masalah yang sama boleh menyelesaikannya sendiri.

Perkara ini berlaku kerana ada virus pada PC yang digunakan membuatkan fail berkenaan tidak dilihat (hidden). Lihat pada rajah di bawah.
Ada beberapa cara mengatasi masalah ini.

CARA 1

1. Klik Start --> pilih Run --> taip cmd
Kemudian klik OK dan paparan seperti berikut akan kelihatan.
Jika pen drive ada berada pada G misalnya. Taipkan G: kemudian enter. Selepas itu taipkan perkataan ini

attrib -r -a -s -h /s /d

Kemudian enter

Insya-Allah fail yang hilang akan nampak semula. Selamat mencuba.

CARA 2

Cara ini ialah membuatkan satu fail mengatasi masalah ini jika berlaku lagi.

Mula-mula buka notepad. taipkan perkataan ini dalam notepad tersebut.

attrib -r -a -s -h /s /d
exit

Savekan fail berkenaan dengan nama misalnya unhide.bat

Masukkan fail ini dalam pen drive kemudian klikkan pada fail ini. Tunggu sehingga selesai dan folder msdos ditutup sendiri. Kalau lambat bermakna ada banyak fail. Insya-Allah semua fail akan kembali kepada keadaan asal.

Selamat mencuba.


http://notatercicir.blogspot.com/

Tiada ulasan: