"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemimpin PKR Selangor gesa statu quo dikekal atau Anwar dipilih presiden

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Di sebalik “kehangatan” menjelang pemilihan bahagian dan pusat PKR, Majlis Muafakat Kepemimpinan Selangor mengesyorkan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Presiden manakala isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula menyandang jawatan nombor dua.

Majlis itu mengesyorkan tindakan tersebut jika usaha berkompromi mengelakan pertandingan sengit — yang dikhuatiri mencetuskan “politicking” melampau — dengan mengekalkan status-quo gagal.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat merupakan Penasihat PKR.

Awal minggu ini sekumpulan Ahli Parlimen, senator dan ADUN dari Selangor dan Negeri Sembilan menyatakan sokongan kepada Azmin Ali untuk bertanding kerusi nombor dua.

Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Zaid Ibrahim juga melahirkan hasrat untuk bertanding jawatan itu jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak turun gelanggang.

Bagi mengelakkan persekitaran pemilihan yang tidak sihat, majlis itu yang dikatakan diketuai 19 pemimpin peringkat cabang dari Selangor, mahu Dr Wan Azizah dan Senator Dr Syed Husin masing-masing dikekalkan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden.

“Dengan ini, calon-calon yang telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden hendaklah menarik diri,” kata Majlis Muafakat Kepemimpinan PKR Negeri Selangor dalam satu kenyataan dikeluarkan di Petaling Jaya hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Syed Shahir Syed Mahamud selaku Pengerusi majlis itu dan Abd Kudus Omar sebagai timbalannya.

Syed Shahir merupakan Ketua PKR Kelana Jaya dan Timbalan Pengerusi PKR Selangor manakala Abd Kudus pula Ketua PKR Tanjung Karang.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: