"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Deposit Rumah Didebitkan Dari KWSP Lebih Baik, Ujar Iskandar

SIDIQIN OMAR
6 Sept:
Hasrat golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah sendiri mungkin bertambah sukar selepas ini jika kerajaan Persekutuan menerima pakai cadangan terbaru yang dikemuka Bank Negara.

Hal ini dibangkitkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad berikutan Bank Negara mahu mengurangkan kadar pembiayaan perumahan, dari 90 peratus kepada 80 peratus.

Prosedur yang diamal institusi kewangan di Malaysia pada masa ini ialah bayaran pendahuluan 10 peratus dari jumlah keseluruhan manakala bakinya dibayar secara ansuran melalui bank yang membiayai pinjaman.

Namun, masalah akan timbul kepada pembeli jika pembiayaan 90 peratus tidak lagi dipraktikkan

"Kalau kita turunkan pembiayaan kepada 80 peratus, bermakna pembeli kena didapatkan 20 peratus, saya rasa lebih ramai lagi yang tak dapat untuk memiliki rumah sendiri" kata Iskandar.
Bagi Iskandar, perkara ini banyak bergantung kepada kehendak kerajaan persekutuan kerana melalui penggubalan undang-undang, dasar dan polisi.

Jika keputusan tersebut dilaksanakan, beliau yakin ia bakal memberikan kesan besar kepada industri pembinaan, perumahan dan hartanah di Selangor.

Dalam pada itu, Iskandar mencadangkan kerajaan supaya melonggar syarat kepada pembeli rumah termasuk wang pendahuluan tidak dibayar tunai, sebaliknya didebitkan dari akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

"Deposit perumahan itu, jika dikeluarkan terus daripada KWSP. Maknanya pembeli tak perlu bayar apa-apa. Sekarang ini kita ada mekanisme, dimana pembeli boleh mengeluarkan daripada KWSP. Tapi masalahnya, mereka kena keluarkan duit mereka dulu. Kemudian baru mereka boleh tuntut balik dari KWSP” ujar beliau lagi.
-tvselangor-

Tiada ulasan: