"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengajaran dari iklan TV3

Mummy Rokiah

TV3 telah melakukan satu “demaging” apabila ia menyiarkan iklan sempena hari raya di mana ia memaparkan seorang Datuk berkopian dan yang beruban putih mengajak cucu-cucunya menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan. Gambarannya menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.

Di akhir Iklan tersebut juga telah memaparkan visual kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha atau India. Berkonsepkan tema TV3 pada tahun ini Sinari Lebaran, Pengarah Kreatifnya , Douglas Khoo Hong Seng cuba mengambarkan keriangan kanak-kanak.

"Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam. Saya cuma mahu gambarkan impian dan keriangan kanak-kanak itu dengan beca ajaibnya untuk mencapai apa yang difikirkan kerana saya rasa ia cantik dan sesuai”

Kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, beliau tidak terlintas di dalam fikirannya untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak sebaliknya hanya melihat itu sebagai daya kreativiti pengarahnya.

Memang tidak salah tafsiran “Sinar Lebaran” dari sudut kreativiti Douglas ialah Santa Claus, kuda dan kanak-kanak dan bunga teratai kerana mungkin Douglas penganut Kristian bercampur Budhha.

Mungkin jika Pengarah Kreatifnya seorang Melayu Islam tafsiran “Sinar Lebaran” nya dilihat dari sudut yang berlainan. Diambilnya elemen pelita minyak kelapa, jamong, panjut untuk memaparkan Melayu millennium walaupun kanak-kanak sekrang sudah tidak tahu apa itu pelita, panjut dan jamong kerana semuanya itu bukan zaman mereka lagi.

Farid sebagai seorang Melayu harus mentarbiahkan Douglas supaya faham untuk melahirkan Melayu millennium tidak semestinya di "associate kan" watak Santa Claus dan bunga teratai.

Melayu millennium ialah Melayu yang penuh sopan santun, berbudi bahasa, beriman, berkahwin dan berkeluarga, tidak bercampur pergaulan bebas sehingga melahirkan anak zina.

Melihat sesuatu hasil produksi media dari sudut kreativiti semata-mata tanpa mempertimbangkan isi dan mesej yang mendalam yang ingin disampaikan adalah satu pemikiran yang cetek dan tidak matang.

Memang padanlah jika kita lihat kandungan-kandungan sesetengah rancangan TV3 selama ini langsung tidak membawa mesej yang membina. Pasaran lebih menguasai pegisian. Drama-drama hantu dan tahyul dipaparkan sebagai satu “branding” yang menguntungkan.

Apa pun TV3 berjaya menguasai pasaran dan membentuk minda masyarakat jika dibandingkan dengan RTM yang masih di dalam kotak.

Apakah TV3 perlu dirombak semula?

http://mummyrokiah.blogspot.com/

Tiada ulasan: