"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ajak main 'kahwin-kahwin' untuk rogol sepupu

PADANG BESAR: Taktik seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dari Kampung Felda Mata Ayer, dekat sini, mengajak sepupu perempuannya yang berusia 11 tahun bermain 'kahwin-kahwin' terbongkar apabila dia didakwa atas kesalahan merogol kanak-kanak itu bulan lalu.

Remaja terbabit yang tidak bersekolah sejak dua tahun lalu mengaku bersalah setelah dihadapkan ke Mahkamah Juvana, semalam.


Berdasarkan keterangan kes, remaja terbabit didakwa merogol mangsa pada hari kejadian di rumah datuk kanak-kanak perempuan itu di Felda Mata Ayer kira-kira jam 4 petang pada 1 November lalu ketika mengajaknya bermain kahwin-kahwin.


Selepas selesai bermain masak-masak dengan rakannya, mangsa yang ketika itu sedang mengemas bilik di bahagian atas rumah diajak remaja terbabit bermain kahwin-kahwin ketika memasuki bilik berkenaan.


Remaja itu kemudian menyuruh mangsa membuka seluar dan berbaring di atas katil sebelum dia memasukkan kemaluannya ke dalam alat sulit mangsa.


Ketika kejadian, datuk mangsa yang turut tinggal bersamanya dikatakan sedang tidur diruang tamu rumah.


Menurut keterangan mangsa, selepas kejadian terbabit, remaja itu beberapa kali cuba mengajaknya bermain kahwin-kahwin seperti sebelum ini, namun ditolak mangsa.


Perbuatan terkutuk remaja itu terbongkar selepas ibu kanak-kanak perempuan itu mengesan seluar dalam anaknya mempunyai warna keputihan dipercayai air mani.


Dia kemudian membawa anaknya untuk menjalani pemeriksaan Klinik Kesihatan Kangar dan doktor mengesahkan terdapat kesan kemasukan sesuatu di dalam kemaluan anak perempuan itu.


Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pillai di hadapan Hakim Nik Mohd Fadli Nik Azlan di Mahkamah Majistret Kangar.


Tertuduh yang hadir bersama ahli keluarganya tidak diwakili peguam dan pihak pendakwa memohon remaja itu dikenakan wang jaminan RM5,000.


Bagaimanapun, Nik Mohd Fadli mengurangkan wang jaminan kepada RM3,000 dan menetapkan 2 Februari tahun depan bagi keputusan hukuman yang akan dibuat di Mahkamah Juvana.

-sinarharian-

Tiada ulasan: